Monday, April 19, 2010

SUKAN PASTI KAWASAN KAPAR


Mini Karnival Sukan PASTI Kaw. KAPAR. Bertempat di Padang Taman Sri Kerayong, pekan Kapar di DUN Sementa. Yb Dr Abd Rani Osman-ADUN Meru merangkap YDP PAS Kapar telah merasmikan majlis tersebut. Turut mengiringi, Ketua Pemuda Ust Haidar Taslin,Pengerusi PASTI Kaw Kapar ust Ahmad Fikri Bostammi Ketua Kg Kapar.

Sebanyak 18 PASTI caw. terlibat dengan masing-masing menghantar satu pasukan Futsal & Bola Jaring. Sokongan ibubapa dan keluarga amat dalam reaksinya sebagai penyokong dan ada yang membuat bantahan( ada yang emosi.... tapi masih dalam kawalan). Pelbagai ragam pemain dapat dilihat dan dirakam oleh penonton.

Keputusan akhir Futsal, Juara disandang oleh PASTI Mawaddah, Naib Juara oleh PASTI Ikhwan MUslimin, Mahmudah ke 3 dan Wadi Sofea ke 4.

Manakala keputusan Bola Jaring Johan disandang semula oleh PASTI Ikhwanul Muslimin, naib Johan oleh PASTI Amal, Darul Ulum II ke 3 dan Ikhwan ke 4.

Hadiah disampaikan oleh YB Manikavasagam ahli Parlimen Kapar.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan Sukan PASTI Kawasan Kapar 2010.




Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment