Monday, May 17, 2010

PROGRAM JOM KONVOI 2010

Assalamualaikum WBT
Satu program konvoi anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya 'Jom Konvoi 2010' pada 28 – 30 Mei 2010. Program konvoi bermotosikal di bawah 150 cc ini akan berkunjung ke Daerah ‘ Pak Malau’ iaitu Mersing, Johor Darul Takzim.

Program ini merupakan anjuran bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan mendapat kerjasama daripada PDRM, AADK serta Jabatan Belia dan Sukan. Penyertaan terbuka kepada 150 orang terawal yang terdiri dari golongan belia berumur di antara 18 – 30 tahun, lelaki dan perempuan, serta memiliki Lesen Memandu Sah (Malaysia).

Untuk MPK, kuota disediakan adalah 10 orang. Minyak, makan minum dan penginapan ditanggung. Ikut bawa motor dan keperluan sahaja. Lumayan kan?.

Melalui program tahunan ini telah merangka pelbagai aktiviti menarik telah dirangka seperti demontrasi dari pasukan keselamatan, aktiviti sukan pantai, kempen derma darah, lawatan ke tempat menarik, cabutan bertuah serta banyak lagi. Para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan kali ini pihak penganjur menyediakan 2 Anugerah Khas iaitu Motor Paling Sempurna dan Motor Paling Kreatif. Pada sesiapa yg berminat bolehlah hubungi saya

Sekian, terima kasih.



Mohd Shaiful Roseman
Ketua Urusan Pengundi Muda
Majlis Tindakan DUN N45 Selat Klang


Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment