Monday, January 3, 2011
Catatan Perjalanan: Sambutan Baik Warga Malaysia di UK kepada PAS
Peluang untuk bersama-sama Tuan Guru Presiden dan Naib Presiden, Dato' Tuan Ibrahim untuk duduk serumah, jalan seiring, makan semeja memang takkan dilepaskan. Apa lagi menikmati pengalaman musim sejuk, salji dan baju tebal di negara kuasa yang pernah menjajah kita beratus-ratus tahun lamanya. Menggalas misi melebarluas dakwah dan perjuangan bersama-sama pimpinan adalah sesuatu yang sangat mengujakan!!
Terlalu banyak titipan Tuan Guru yang mengalir saban hari, bercerita dengan penuh ilmu yang menyeronokkan.. terasa rugi pula bila sedar tak dirakamkan saja semua mutahan-muntahan celoteh beliau bersama Ust Tuan. Apa tidaknya, bila semua perkara dilontar walau dengan gaya seloroh, tuan guru akan menyambut mesra dengan kisah nabi dan para sahabat yang seolah-olah berlaku di hadapan mata beliau. Seakan-akan beliau sedang berdialog dengan para sahabat pula lagaknya.
Tidak habis dengan kisah yang sudah berzaman lamanya, Tuan guru juga nyata bukan calang bila mengupas pergolakan politik dalam dan luar negara. Seantero dunia seperti dalam sisipan mindanya. Pergolakan yang berlaku bukan hanya dari pengkisahan berita mendatar, tapi beliau mampu bercerita mengulas tentang di sebalik tabir krisis negara-negara dunia apalagi Malaysia. Susur galur keluarga di raja dan politikus Malaysia juga mampu dijelaskannya!!
Apa pun yang penting misi merasmikan PAS Representative Council (PRC) berjaya dilaksanakan. Ternyata warga Malaysia di UK sangat dahagakan dakwah daripada PAS. Peluang live bersama Tuan Guru Presiden dan Naib Presiden tak dilepaskan begitu sahaja. Program umum ini menarik minat semua pelbagai latarbelakang warga di sana. Khabarnya wakil Kelab UMNO dan badan-badan pertubuhan lain juga hadir berdialog dengan Tuan Guru.
Satu perkara yang menakjubkan lawatan kali ini lewat musim cuti krismas ialah seperti tiadanya krismas di UK. Tidak pun kelihatan objek-objek krismas di sana sini seperti pokok krismas, lampu krismas, santa klaus bahkan TV juga tiada iklan krismas!!. Cuti krismas di sambut sunyi semua warganya berkurung di rumah, gereja dibiar sepi dan tiada pun warga mengucap selamat hari krismas. Krismas seperti sudah berpindah ke asia.. waulahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment