Wednesday, August 19, 2009

BERITA: YB Dr Halimah Sumbang RM 300 untuk Ihtifal PASTI Kapar


Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dr Hajjah Halimah kerana telah memberi sumbangan ikhlas kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Kapar sempena Majlis Ihtifal PASTI Kapar yang berlangsung 26 Julai 2009 yang lalu.

Walaupun sumbangan berjumlah RM 300.00 itu dianggap kecil namun ia memberi makna yang besar kepada PASTI Kawasan Kapar yang sentiasa mengharapkan bantuan dan kerjasama dari semua pihak.

Majlis Ihtifal PASTI Kapar yang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya itu telah dirasmikan penutupnya oleh YB Dr Hajjah Halimah sendiri dengan disaksikan oleh para perserta pertandingan yang terdiri daripada pelajar-pelajar PASTI, guru-guru dan para ibu bapa seramai lebih 1000 orang. Sambutan yang diadakan dengan gilang-gemilang ini menelan belanja yang besar melebihi RM10,000.00 dan ditanggung oleh PASTI Kawasan Kapar dan individu yang perihatin.

"Sumbangan YB ini menandakan sokongan beliau terhadap PASTI Kapar khususnya PASTI yang terdapat di DUN Selat Klang yang ditandingi oleh YB sendiri yang menampung jumlah pelajar lebih 300 orang saban tahun." Kata Ketua Pengurus PASTI Kapar, Saudara Ahmad Fikri.

Pihaknya sangat berterima kasih kerana beliau yakin sumbangan ini datangnya daripada poket YB Dr Hajjah Halimah sendiri kerana beliau dimaklumkan pihak YB tidak mengamalkan polisi sumbangan wang kerajaan kepada pihak parti (PAS).

6 comments:

  1. Dr Halimah bagi $300 aje ke? tak padan dgn taraf exco

    ReplyDelete
  2. Lajnah Penerangan & IT DPPKAugust 21, 2009 at 11:49 AM

    Alhamdulillah, sekurang2nya membantu meringankan beban kewangan program.

    Ada lagi ke yang nak menyumbang? Ye la kan, mungkin rasa RM300 tu tak la besar mana, ada yg nak tambah lagi rasanya...

    boleh hubungi urusetia PASTI Kawasan, emailkan dulu hasrat tuan-tuan puan-puan ke pastikapar@gmail.com..Insya'allah no akaun akan diberikan kepada yang berhajat.

    Terima kasih sekali lagi atas perhatian semua. Semoga Allah saja yang membalasNya.

    ReplyDelete
  3. heh. ko ingat YB Dr Halimah jaga Pasti Kapar jer ker? Ko ingat extra RM100,000 (BAJET exco) cukup ker nk cover seluruh sekolah atau Pasti di negeri Selangor ni.

    Kalu rasa berani jgn pakai nick ANONYMOUS ek

    ReplyDelete
  4. Bro...biasa la org UMNO, x penah jd pembangkang..hehe...semua dia nak bangkang. Pande yo cakap kat PAS dulu asyik nak bangkang...skrg kene kat btg idung sendiri.

    Sket2 pun bg la jugak kan.Alhamdululah. Terbela juga perjuangan PASTI yg selama ni bergerak dgn usaha n perjuangan ahli2 PAS sendiri.

    Nak harap EXCO UMNO bg zmn dulu....HAMPEHHH!!

    Hasil keikhlasan itu, Allah balas hingga hr ni PASTI jd PILIHAN UTAMA ibubapa utk hantar belajar di peringkat PRA SEKOLAH...bkn takat ahli PAS, bahkan ramai ahli2 UMNO hantar anak mrk ke PASTI.

    Sy ingat lg baru2 ni, IHTIFAL SUKAN PASTI anjuran DEWAN PEMUDA PAS KAW KAPAR...sy dpt jumpa ramai kwn2 dr parti UMNO dlm program anjuran PAS tu, semata2 krn anak2 mrk brsekolah di PASTI.
    Alhamdulillah...inilah antara produk PAS yg sangat berjaya menarik hati ramai ahli UMNO dan bukan PAS.

    TAHNIAH YB DR HALIMAH..!!! TAKBIR.

    ReplyDelete
  5. bukan kah sedekah dlm Islam ni tak perlu dihebahkan.. bukan nak kutuk.. tapi ahli politik dari memana parti pon sama ja.. huluq skit amik gambaq ja lebih..

    tapi tatau la kot2 dia mmg iklas..time tu dia ada duit byk tu ja kot.. kat tpt lain pon nak kena huluq jugak kan..

    tapi ok la jugak.. duit halal..dari dpt duit dari tokey tempe rumah 20juta ntah hasil dari mana pon tatatu.. .

    ReplyDelete
  6. Ada sesiapa boleh tolong dapatkan contact number Ketua Pemuda Pas Telok Gadong?....Misteri sejak 2 bulan ni...

    ReplyDelete