Thursday, August 13, 2009

TAKZIAH: Ustaz Asri Ibrahim (Solo Kumpulan Rabbani) Kembali Ke Rahmatullah


Kemaskini 13/8/2009; 1500hrs
Jenazah allahyarham Ust Asri Ibrahim sedang dibawa ke kediaman ibu beliau di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lancung, Seksyen 27 Shah Alam untuk diuruskan di sana. Jenazah beliau akan disembahyangkan di masjid Bukit Lancung selepas Asar. Difahamkan jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21 (di belakang kilang Panasonic).

AJK DPPK Kapar, Sdr. Mohd Shaiful Roseman sempat ke Hospital Pantai, Bangsar sebentar tadi. Kelihatan ramai rakan-rakan artis nasyid, wartawan dan keluarga allahyarham berada di sana.

Turut kelihatan Presiden Persatuan Penggiat Industri Nasyid (PIN), En Mahadi Mohd, Qariah Malaysia yang baru memenangi Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa baru-baru ini, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman, dan juga Amy Searh yang datang jam 2.20 ptg. Amy Search pernah berganding suara bersama-sama allahyarham dalam salah sebuah album Rabbani.
======================================================
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar (DPPK) amat terkejut apabila mendengar khabar solo kumpulan Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim, telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Beliau dikhabarkan meninggal dunia jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung. Sumber terdekat menyatakan beliau jatuh pengsan ketika mengendalikan satu program pagi tadi di Angkasapuri. Sehingga berita ini ditulis, jenazah allahyarham masih berada di Hospital Lembah Pantai, Bangsar.

DPPK Kapar mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham dan juga seluruh anggota kumpulan Rabbani. Semoga bersabar dengan ujian Allah.


Al-Fatihah...


Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar


Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

1 comment:

  1. Al fatihah ....
    Saya bukan nak komen mengenai perginya Ust. Asri..tapi nak ucap tahniah kepada blog ini dan PAS Kapar... Saya membesar di Kapar dan bersekolah di Sem. Tengku Idris Shah, Kapar. Menetap di rumah teres jln Hamzah Alang sejak dari tahun kecil hingga tahun 85. Dulu Kapar ni UMNO pahit. Bapa saya berjuang untuk PAS pada ketka itu. Dia tampal poster, sukarela menghantar pengundi dan akhirnya dipulau orang dan jiran2. Sekarang Alhamdulillah nampaknya Kapar dah berubah. Teruskan pejuangan saudara dan rakan2. Jika ada masa lawat blog saya http://jeng3x.blogspot.com/

    ReplyDelete