Monday, September 14, 2009

BERITA: Lawatan Amal Menjejak Pesakit di Hospital



Sabtu, 12 September 2009 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar dengan kerjasama PAS Kawasan Kapar, dan Muslimat Kapar telah menganjurkan lawatan amal dan mesra rakyat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Diketuai oleh oleh YDP PAS Kawasan kapar Dr. Hj Abd Rani Osman bersama Ketua DPPK Kapar Ustaz Haidar Taslin, rombongan seramai 38 orang telah berjaya mengagihkan 400 buah bungkusan makanan kesihatan kepada para pesakit yang terlantar di beberapa wad.

Urusan pengagihan dan koordinasi peserta rombongan diatur oleh Unit Amal Kapar telah berjaya melicinkan lagi urusan agihan dan lawatan tersebut. Peserta rombongan dipecahkan beberapa kumpulan untuk melawat ke wad-wad pesakit sekali gus. DPPK dan PAS Kapar berjaya menyampaikan sumbangan sambil beramah mesra, bertanya khabar, juga menyampai mesej dakwah bil hal kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa, umur dan latar belakang pesakit.

Lawatan bermula jam 9.45 pagi telah berakhir pada jam 10.40 pagi. Penghargaan dan ucapan terima kasih turut disampaikan kepada pihak pengurusan hospital atas kesudian menerima rombongan ziarah dan juga memberikan kerjasama yang sangat baik.



Kelihatan YB. Dr. Rani (YDP PAS Kapar), Ust. Haidar Taslin (Ketua Dewan Pemuda PAS Kapar) serta ahli rombongan sedang menunggu di ruang legar hospital.


Beramal kerana Allah...Ahli Unit Amal Kapar membantu menurunkan beg sumbangan dari lori.


Manisnya kerja berjamaah...AJK DPPK turut membantu memunggah beg-beg sumbangan.


Ketua DPPK Kapar, Ust Haidar Taslin sibuk mengagihkan penutup mulut kepada ahli rombongan.

Ust Haidar sudah bersedia dengan penutup mulut manakala YB. Dr. Rani tekun mendengar taklimat dari Unit Amal Kapar.


Ust. Haidar menyampaikan sumbangan kepada pesakit berbangsa India.


"Semoga cepat sembuh..." mungkin itulah yang disebutkan kepada pesakit.


"I'm very happy to see Muslim organization people visiting us here although some of us are non-Muslims," ujar En. James kepada rombongan DPPK.


Ust Haidar menyantuni seorang pesakit.

6 comments:

  1. Tahniah!!

    Bravo diucapkan kpd Team DPPKK, PAS KAPAR, MUSLIMAT dan UNIT AMAL KAPAR yg berjaya anjurkan program amal ni. Dah jadi acara Tahunan...
    Moga amalan diganjari Allah.

    Malang n ruginya sy x dpt join skali....LUPE...x de yg SMS ingatkan.

    Harap2 akan dtg dpt join....

    Salam Ramdhan.

    ReplyDelete
  2. OiiiiTTT...apesal gelap je nih. Blackout ke?? ke Malam Lailatul Qadar???
    Pi panggil org TNB. Tlg kasi adjust sket.
    Warrggghhh...sakit mata aku...

    ReplyDelete
  3. Haaa...baru la nampak Mesra Alam...Hijau, saujana mata memandang.

    ReplyDelete
  4. Salam 1Malaysia...
    Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin" Mohon maaf diatas segala tingkah laku,perbuatan, perkataan,tutur kata, komen panas dan pedas yang telah saya keluarkan...jangan disimpan didalam hati....

    ReplyDelete
  5. salam perjuangan..thankz buat penganjur yg jemput kami muslimat haritu..kre Nisa' Kapar ni pun under DMPKK la gak..huhu..
    salam aidilfitri dari Nisa' Kapar..

    ReplyDelete
  6. Aktif betul PAS Kapar, harap bleh dicontohi oleh cawangan2 lain...tahniah atas usaha anda

    ReplyDelete