Wednesday, September 2, 2009

IDEA: Sambutan Merdeka Ala UMNO

Oleh Mohd Farish Husin





Peristiwa 'kepala lembu berdarah' memberikan gambaran kepada kita merupakan tentang hatibudi sebenar UMNO. Diwaktu pemimpinnya melaungkan 1Malaysia, pemimpin akar umbinya dan penyokongnya pula melaungkan kata-kata dan aksi-aksi ekstrem agama.

Dua perkara penting yang boleh disimpulkan disini adalah:
  1. UMNO, warisan penjajah British, tidak ragu-ragu mengambil tindakan ekstrem agama untuk mencapai objektif mereka, bukannya label terrorist PAS yang cuba mereka labelkan selama ini.

  2. Perpaduan umat Islam yang dilaungkan selama ini hanyalah fatamorgana selagi terdapat pemimpin tidak bertamadun dikalangan mereka.

Seharusnya Menteri Dalam Negeri mengarahkan siasatan serta-merta terhadap insiden ini sekiranya UMNO benar-benar bersih dari sebarang usaha provokatif seperti yang didakwa, sepantas SPRM meluncur ke pejabat ADUN seri kembangan. Jika tidak, adalah menjadi tugas kita menyedarkan orang Melayu bahawa umat ini tidak akan mampu melalui abad ke-21 sekiranya mereka terus melantik pemimpin abad ke-18 untuk memegang tampuk pemerintahan.

11 comments:

  1. Salam..

    Hehe..Ambo nak tunggu jawapan dr puak2 laxmanemelayu..Klu x leh jawab..tuko je la name tu...laksa mamak layu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....
    Isu Kepala Lembu adalah cetusan rasa tidak puashati penduduk sek.19 & 23 dan sekitar shah alam terhadap kerajaan negeri kebajikan...ini kerana segala luahan dan bantahan yang mereka suarakan tidak dipedulikan oleh pentadbiran kerajaan negeri...Apa yang mereka bantah adalah ketidak sesuaian lokasi untuk pembinaan kuil hindu itu...Penduduk sekitar shah alam terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari profesional, kerajaan, swasta, pekerja kilang, pemandu teksi dan juga pelbagai fahaman politik samada pas,pkr mahupun umno...kenapa umno hendak dipersalahkan didalam isu ini...pas juga membantah isa,ppsmi dan macam-macam lagi...kenapa umno tidak boleh memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan...sama juga seperti pas...jangan ingat pas sebuah parti islam...apa yang dibuat semuanya akan mendapat keredhaan allah...penduduk2 shah alam tidak membantah kerajaan negeri untuk mendirikan kuil tetapi lokasinya perlu difikirkan semula...apa yang membuatkan penduduk shah alam ini marah adalah kuil yang ada di sek.19 pun sudah memeningkan kepala inikan lagi yang baru hendak dibina berkeluasan 20,000 kaki persegi....mereka menyuarakan teguran dan bantahan tetapi mendapat pula ancaman...ini yang menyebabkan mereka marah...mereka mempersoalkan keputusan kerajaan kebajikan yang hanya mendengar satu suara yang meminta agar kuil ini dibina di sek.23 yang mana perancangan awal hendak dibina di sek.22...exco melayu pas dan pkr tidak mahu mendengar rintihan dari penduduk...itu yang di suarakan oleh mereka...Masyarakat melayu khasnya telah nampak kepincangan kerajaan kebajikan dalam mentadbir kerajaan negeri...ini kerana kerajaan pr hanya tau berceramah dari pada menjalankan kerja2 pentadbiran....kalau dilihat kuil yang sedia ada di shah alam...batu 3, sri muda, sek.19, sek.17 dan banyak lagi...di jalan banting pun berderet....di jalan meru...bermula dari klang parade depan ada sebuah yang besar sangat...belakang ada 3 buah sederhana...bandar bukit rajah...setia alam...kampung keling batu 5...banyak lagi lah mau cerita....apa yang orang melayu meluat adalah kerana sikap adun dan exco negeri kebajikan dalam memilih bulu...kerana membalas budi sokongan india dan china sanggup menggadaikan maruah melayu...seperti dimeru sendiri...tentang yb memberi bantuan kuil heboh diperkatakan dan dimainkan agar bertambah sokongan bukan melayu..namun hakikatnya...dalam pembinaan surau nurus saadah taman meru 4...sehingga kini pun masih belum diterima walau sesen pun dari kerajaan mahupun sumbangan peribadi yb sendiri...hanya cerita sedap didendangkan bantuan 50,000 dari mais hasil usaha yb....namun hakikatnya sehingga kini...bukan 50,000...50 sen pun tak nampak lagi....tunggu dan lihat.. masyarakat melayu sudah muak dengan laungan kerajaan kebajikan yang dilaungkan pr...mereka juga sudah nampak orang-orang politik pr sudah mengumpul harta...
    apa yang mereka sedihkan adalah laungan perjuangan pas yang dulu memperjuangkan islam sekarang ini sudah tidak ada lagi...nescaya satu hari nanti pas mesti menyesal dengan kerjasama lakhnat dap dan pkr yang membawa kehancuran akibat agama islam dipersendakan...jangan dah terhantuk baru nak tergadah...bumi di pijak milik orang...mamak tak pandai masak laksa...

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan..

    WONG JO WO NGOMONG....
    Perarakan kepala lembu tu bkn cetusan x puashati penduduk sek 23 & 19,... ttp ia adalah PORVOKASI dr PEMUDA UMNO SELANGOR, AJK PENAJA UMNO sek. 23. Turut terlibat adalah Sdr Sohaimi, Exco PEMUDA UMNO M'sia merangkap KP UMNO SELAYANG. Tuan2 ahli UMNO bleh tengok kat klip video YOUTUBE ahli2 UMNO yg terlibat tu...

    WONG JO WO NGOMONG....
    Kuil di Sek 19 sudah wujud sebelum PKNS membangunkan Shah Alam lg...iaitu di zmn UMNO BN, masih tu PR pun x wujud lg. Wlu bagaimanapun,PKNS pd zmn UMNO BN tu tlh menyembunyikan lokasi kedudukan kuil itu drpd plan pembangunan Bandar Shah Alam. Apabila Shah Alam dibangunkan , maka penduduk2 d sek. 19 amat terkejut dgn kewujudan kuil itu. Mereka tlh bnyk kali mengemukakan permohonan, bantahan dan mcm lagi(arak KEPALA LEMBU JE mrk lum buat)kepada MBSA (dulu MPSA), PKNS dan juga Exco2 kjn Sgor dr kalangan UMNO BN. (Waktu tu kjn PR x wujud lg)
    Btahun2 penduduk sek 19 menahan azab, sengsara melihat kuil yg jaraknya hanya 20 meter dr rumah mrk. Buka pintu rmh je, terus nampak kuil.Sy nak tanya pd PEMUDA UMNO...mana perjuangan kamu semua waktu tu, knp x berani arak KEPALA LEMBU? ...Takut dgn Khir TOYO ?? Knp br sekarang nak jadi HERO ?? Arak kpl lembu ?? Lepas tu hina nama Allah plak.Khir Toyo sndiri dah buat statement, dia dulu pun dah penah lulskan tapak kuil utk org2 Hindu di Shah Alam..siap sediakan peruntukan lagi RM 600,000. knp x de org UMNO yg bantah. Adakah krn x sebulu dgn PR UMNO nak bising..sedangkan benda sama yg KHIR TOYO buat, UMNO senyap je.

    WONG JO WO NGOMONG...
    Kuil tu YB Meru bantu mohon saluran air paip je...ape yg nak kecoh sgt..Diorang mintak dr zmn UMNO YB Jaie lg...tp YB turu waee...kepriye too..
    Setakat ini Pej ADUN Meru, dlm masa 1 penggal shj, tlh menyumbangkan lebih RM 20,000 kepada seluruh Masjid dan Surau di DUN Meru melalui peruntkan ADUN. Tu br 1 penggal...Brp bnyk yg YB jaie dah bg kat surau2 dan masjid dulu selama 3 penggal...???

    Surau Nurus Saadah pun dah terima sumbangan baru2 ni sempena Ramadhan. Yg pelik...surau tu mula dibina semula sejak zmn YB jaie dulu... kenapa org UMNO tak tanye...berapa juta yg YB Jaie dah bg....??? Peruntukan ADUN YB jaie dulu mane pegi...?? Klu bukan masuk kat kantung Kroni2..
    RM 50,000 dr zakat tu mmg dah lulus. Cuma belum dpt je ceknye...sy (org PAS)yg tolong Hj Jaafar (SU Surau Nurus Saadah) uruskan permohonan tu. Knp lambat...soalan tu kene la tanya LZS. ygpenting bkn UMNO yg tolong tp orang PAS...
    Org UMNO x tau apa2..tiba2 nak bising. Lepas tu, ngaku pulak konon2 buat gotong royong dgn AJK Surau... Tak malu!! Gotong Royong tu anjuran AJK surau dgn RT la...bukan anjuran UMNO cawangan Meru 4. Jgn la nak menipu..Dosa.Ramai org PR kat sane. Semua bekas ahli2 UMNO. ingat kita x de maklumat ??

    Nak tanye kat org UMNO...kuil2 tu tumbuh bile..??baru semalam ? minggu lepas ?? thn lepas...??Itu semua dah wujud sejak zmn purba UMNO lg tau.... ape yg korang buat selama 52 thn merdeka...??Tu la...zmn UMNO memerintah dulu hanya sibuk tangkap Ulama' dan ustaz2 berceramah...tp x sibuk dan pejam mata bila org Hindu bangunkan kuil merata2 sesuka hati.

    ape yg pandai sgt UMNO memerintah dulu...??klu tuan2 nak tau...lepas UMNO tumbang pd pilihanraya di sgor thn lepas...bnyk hutang2 ditinggalkan oleh JKKK mereka. HUtang pasar JUmaat dan Ahad di Pekan Meru...RM 40,000 lebih...hutang pasar Bukit Kapar Berbelas ribu...hutang Kat Pasar Tmn Meru 4, RM 11,000 lebih...Kg-kg lain sy maleh nak citer la..Tu x campur ngan hutang2 lain...sewa2 premis JKKK yg x dituntut dan bnyk lg. Itukah yg UMNO kate pentadbiran yg cekap..????

    Cukup la setakat ini je dulu yg WONG JO Wo arek ngomong..
    Peluputan Kulo Mawon seng Katah2 nuwon diluputi..
    Lahir Batin Dunio Akhirat..

    Sekian..Wassalam..

    ReplyDelete
  5. Salam...wbt...
    Kepada wong jowo....anda mungkin tersilap difakta berkenaan Surau Nurus Saadah....tentang pembinaan surau ini dimulakan awal tahun 2008 dan pada march 2008 PRu12 berjalan dan kerajaan bertukar tangan dan semasa kempen pemilihan Dr Rani semamngnya telah berjanji untuk membantu namun sehingga kini bantuan LZS pun belum diterima lagi...Jadi sememangnya sudah wajar jwtkuasa surau menuntut janji yang di tabur...tapi jwtnkuasa redha dengan apa yang terjadi kerana sudah maklum dengan kerajaan kebajikan sekarang ini...idea kerja gotong yang dijalankan adalah inisiatif pemuda umno cawangan yang menggunakan nama Pertubuhan Rela kerana tidak mahu ada berbau politik didalam kerja amal ini dan direstui oleh jawatankuasa surau...bukannya dengan RT...peranan RT dimeru 4 hanya mengambil duit peruntukan yang disalurkan oleh jabatan perpaduan tanpa menjalankan program kepada penduduk...anda boleh tanya dengan semua penduduk tm4 tentang peranan RT ini...dan pengurusan RT juga telah menggelapkan wang kutipan pengurusan pasar malam yang hanya digunakan oleh kroni2 mereka...Untuk pengetahuan pengurusan RT M4 juga berideologi PR...yang hanya tahu bercakap tapi tidak tahu bekerja....tunggu dan lihat...sesungguhnya allah mengetahui apa yang anda lakukan...saya seorang penduduk tm4

    ReplyDelete
  6. comment dah menyimpang jauh nih. dah masuk citer lokaliti M4 la plak.
    Sudah dijelaskan peruntukan utk surau dah memang ada. Hal lambat atau cepat, tetap dapat. bukan masalah YB tapi bergantung kepada LZS. Kena tanya dia la. Paling2 kurang tetap juga diselesaikan dalam setahun dua. nak harap kerajaan dulu. Roboh surau ada la.

    Aku dah mula confuse skrg. Laxmanemelayu punya la claim gotong royong tu anjuran UMNO cawangan. Tak caya tengok blog dia. Now Anon 11:53 cakap guna nama RELA sebab taknak nampak politiking sangat. Masalahnya kat blog 'sebelah sana' punya la canang berapi2 itu program politik hangpa, dihiasi dengan cacian kepada orang PAS dan YB konon tak beri kerjasama. Kalau dah nama kerja ikhlas lillahi ta'ala, kenapa mesti persoalkan pasal orang lain? isk, sama je korang dengan geng kepala lembu seksyen 23. Sama2 didikan UMNO, macam tu la.

    Satu benda aku harapkan, kiranya laxmanemelayu dah dapat jawapan pasal peruntukan surau tu di sini, balik kat blog sendiri, masukkan pula berita pasal peruntukan tu. Baru la nampak 'adil'. Jangan nak bercerita hal buruk je. Jangan digelapkan hati. Nampak konon yg batil je. Nak bezakan blog belah sana dengan yg ni, kat sana punyalah penuh dengan fitnahnya.

    Aku cabar la, memandangkan korang sendiri boleh berinteraksi dengan AJK Pemuda PAS kat blog ni, apa kata korang buat muzakarah je terus. Aku rasa Pemuda PAS Kapar tak jadi masalah punya. Kita bercerita atas fakta. Jangan merapu2 je. Kalau nak merapu, bukan tak boleh PAS Kapar ni citer balik hal2 buruk YB dulu, JKKK dulu, Ketua Kampung dulu, perangai cawangan2 belah sana...ada agenda lagi besar nak difikirkan skrg ni. Tapi sekali sekala kena gak layan suara2 langau ni.

    Lagi satu aku tak faham sungguh kenapa tiba2 plak RT M4 tu dikaitkan dengan PR? siap fitnah plak seleweng duit pasar malam. Ye la kan, nak tunjuk benda2 buruk tu PR je la kan? UMNO tu bersih tak pernah seleweng duit pasar malam. Macam tu la kiranya korang nak sampaikan tul tak? takpe la, aku yakin masing2 boleh menilai sendiri.

    Maaf andai terkasar. Aku elakkan utk berkata nista dan caci. Cuma ayat agak kasar sikit. Aku sendiri ramai kawan UMNO. Yg baik pun ada...Aku sendiri pun lahir dalam keluarga UMNO kat Selat Klang, cawangan Klang Barat dengan Onn Ismail dulu. Malah dewan UMNO cawangan Klang Barat tu sendiri atas nama arwah atuk aku.
    Skrg aku dah tukar kapal. sebab aku macam orang2 lain gak. aku menilai, berfikir, merujuk, mengkaji dan muhasabah. UMNO tak boleh jadi platform perjuangan utk bangunkan agama dan bangsa.

    Salam ramadhan sekali lagi..mohon maaf.

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Betul3...WONG JO WO setuju ngan bekas UMNO Selat Klang..

    Hutang Pasar2 JKKK UMNO dulu di Pekan Meru n Bukit Kapar... org tm4nape tak nak jwb sekali ke ???

    WONG JO WO nak tau gak...mane JKKK UMNO bawa g duit2 tu ??

    ReplyDelete
  8. Eleh.. tak yah gaduh2 lah, tak yah buruk2 kan orang.. Apa kata semua pemimpin buat kerja yang terbaik untuk rakyat..

    Dalam kes surau m4 ni, kira umno berjaya dapatkan rm200,000 (kalau dah dapat la dan tak jatuh ke tangan yang lain) bagi rakyat itu satu kejayaan.. LZS pulak lambat bagi peruntukan, so kerajaan PR sekarang kena la godek2 LZS ni biar kerja cepat sikit..

    Tahniah kepada umno..

    Tapi kena ingat, ada beberapa surau dalam pembinaan dan dalam perancangan dibina baru kerana uzur.. umno dah set rm200k utk satu surau, so mesti la juga bagi untuk surau2 lain.. rakyat tengok ni.. Kerajaan PR Selangor pulak kena pastikan peruntukan LZS tak lembab lagi..

    perlumbaan ini akan menguntungkan rakyat..

    keadilan juga mesti diberi untuk kaum2 lain.. PAS dah berjaya membawa imej baru yang Islam tidak memusuhi kaum dan agama lain.. berbeza dgn umno.. Umno tak payah la cakap pasal maruah, majoriti rakyat selangor tahu kamu memang gadai maruah.. So, umno kena buat sesuatu yang menunjukkan dia bermaruah bukan dangan menghina orang lain.. perbuatan menghina orang/kaum lain bukan menaikkan maruah kamu malah menjatuhkan maruah kamu..

    sepatutnya dalam isu kepala lembu, umno secara terbuka meminta maaf kepada rakyat malaysia dan redha ahlinya dihukum.. bukan baling batu sembunyi tangan.. baru lah kamu akan jadi bermaruah!!

    balik cerita surau m4, umno jgn la jadi bahan ketawa rakyat.. semua orang tahu kerja yb dr rani, dan semua orang respect dia.. kamu burukkan dia, sedang ekor kamu penuh tahi??

    sebaiknya, kamu buatlah kerja menaikkan imej umno.. tak payah burukkan yb atau pas di meru.. Hakikatnya mereka dah jauh ke depan.. sedang kamu masih di dalam tempurung syok sendiri..

    ReplyDelete
  9. UMNO memang selamanya kepala batu..
    opss kepala lembu..

    Hidup kira duit aje.. duit & pembangunan.. lepas tu kira seronok kumpul harta..

    lebih teruk dari lembu..

    ReplyDelete
  10. Lajnah Penerangan & ITSeptember 14, 2009 at 2:48 PM

    kepada pihak UMNO, kami mohon maaf sekiranya ada komen2 yang agak kasar bunyinya dan ia bukanlah menggambarkan pandangan DPPK.

    Kepada penghantar comment, diharapkan di akhir bulan ramadhan ini bersamalah kita mohon keampunan dari Allah moga amalan kita diterima dan memohon agar diri kita senantiasa diberi petunjuk dan tarbiyyah..hindarkan penghinaan. DPPK mengediakan ruang utk semua berhujjah secara ilmiah.

    ReplyDelete
  11. harap orang islam bleh bersatu padu tak kira apa parti pun..persaudaraan seislam lebih penting untuk menguatkan lagi ummah

    ReplyDelete