Tuesday, December 22, 2009

BERITA : Spies Kepimpinan Mantapkan Belia-Beliwanis DUN Selat Klang

Reaksi Dr. Hjh Halimah semasa menyampaikan amanatnya

Program SPIES Kepimpinan Belia-Beliwanis Daerah Klang telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari pada 19 hingga 20 Disember yang lepas. Bertempat di Hotel Di Palma Inn, Shah Alam itu berjaya menghimpunkan seramai 100 orang aktivis belia dan beliawanis dari DUN Selat Klang.

Objektif seminar 2 hari 1 malam tersebut adalah untuk menyelaras, merangka dan mewujudkan badan bertindak belia yang akan memantau dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan golongan itu bagi tahun 2010 di DUN Selat Klang.

Pimpinan-pimpinan belia dari masjid-masjid, Biro Belia, Sukan & Rekreasi JKKK, Briged Amal, PeBT telah didedahkan dengan beberapa pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh Yang Mulia Raja Ismail B. Raja Shahdan dari Perasa Management (Kepentingan Berjamaah), dan dari En. Khairuddin Bin Osman (Organisasi & Struktur Pengurusan Yang Efektif). Di sebelah malamnya para peserta diberi ruang seluas-luasnya berdialog dengan wakil rakyat bagi DUN Selat Klang yang juga merangkap EXCO kerajaan negeri Selangor, Dr. Hjh Halimah Ali.

Turut mengambil peluang dalam seminar ini ialah ketua-ketua pemuda PAS dari cawangan-cawangan dalam DUN Selat Klang.

Keesokkan harinya, satu bengkel perancangan strategik bagi tahun 2010 telah digerakkan dengan Dr Supyan Bin Hussin bertindak sebagai moderator. Beberapa resolusi dan perancangan telah direncanakan semasa pembentangan tersebut.


Selain pimpinan-pimpinan masyarakat dari DUN Selat Klang, turut hadir sebagai pemerhati ialah wakil dari PAS Kawasan Kapar dan juga beberapa ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar sendiri. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan sendiri oleh Ketua Pemuda DPPK, Ust Haidar Taslin.

Harapan beliau agar belia-beliawanis ini akan membentuk satu saf kepimpinan di peringkat DUN mahupun di peringkat kawasan Kapar bagi memastikan penguasaan terhadap golongan belia remaja ini mampu direalisasikan dan seterusnya menyampaikan risalah dakwah selari dengan ajaran Islam yang pastinya mampu membentuk jatidiri dan modal insan yang mantap.









No comments:

Post a Comment