Tuesday, December 22, 2009

BERITA : Ribuan Hadiri Ceramah Perdana anjuran DPPK


Barisan pimpinan DPPK Kapar bergambar bersama Ketua Pemuda DPP Pusat, Ust Nasruddin Tantawi dan YDP PAS Kaw. Kapar, YB Dr. Rani Osman (ADUN Meru)

DPPK telah menganjurkan Ceramah Perdananya bertempat di perkarangan Dewan MPK Meru pada 20 Disember yang lepas.

Majlis Ceramah Perdana tersebut menampilkan Ust Nasruddin Hassan At Tantawi, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Mustaffa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR), dan YB Ng Swee Lim (ADUN Sekinchan) selaku penceramah utama. Selain itu, turut dijemput adalah Ahli Parlimen Kapar, YB S Manikavasagam dan juga Dr Hj Abdul Rani Osman selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar dan juga selaku ADUN Meru.

Ceramah Perdana ini disusun sebagai satu medium penerangan kepada masyarakat di kawasan Kapar amnya, dan di DUN Meru khususnya. Antara isi penerangan yang disampaikan ialah berkenaan Konvensyen Pakatan Rakyat yang telah diadakan sehari sebelumnya dan juga isu-isu semasa berkenaan pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu.

YB Ng Swee Lim sangat petah berbahasa jawa, menjelaskan hal-hal berkaitan politik di negeri Selangor termasuk isu rumah agam YB Dr Khir Toyo di Seksyen 7 yang masih belum diketahui status penyiasatan SPRM terhadapnya. Saudara Kamil Ayub menyarankan agar diperkukuhkan Pakatan Rakyat bagi menggantikan politik Barisan Nasional yang sedang berpecah sekarang ini.

Manakala Ust Nasruddin Tantawi menyenaraikan 10 pengkhianatan UMNO terhadap bangsa Melayu sendiri, walaupun mereka mengakui mereka adalah pejuang bangsa Melayu. Diantaranya adalah isu royalti minyak di Kelantan yang tidak diberikan kepada kerajaan negeri sebaliknya menggantikannya dengan wang ehsan.

Bagi majlis ceramah perdana ini DPPK telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari UDM Kampung Nenas dan juga Kg Hj Mohd Syariff yang telah membantu menjayakan kelicinan majlis.

Petugas Unit Amal dan beberapa AJK program ceramah menunaikan solat Isya' di tapak ceramah sebelum ceramah bermula

Masyarakat Tionghua turut bersama mendengar penjelasan isu semasa

Ketua DPPK Kapar memulakan ucapan selaku Pengarah Program

Ketua Penerangan DPPK Kapar mempengerusikan majlis

Sebahagian audien yang hadir program tersebut

Wakil Kelab Penyokong PAS memakaikan selendang kepada Ust Nasruddin

Antara barisan penceramah dan pimpinan kawasan Kapar

No comments:

Post a Comment