Thursday, December 24, 2009

BERITA : Ziarah dan Ramah Mesra Pemuda Selat Klang ke Sri Perantau


Sekretariat Urusan Pengundi Muda DUN Selat Klang sedang menggerakkan usaha untuk menggerakkan jentera pemuda parti. Pada 23 Disember lalu, siri ziarah dan ramah mesra bermula di Sri Perantau, Klang.

Pimpinan pemuda dan Nisa' di setiap peringkat dalam DUN Selat Klang turun padang untuk beramah mesra dengan ahli-ahli di setiap cawangan yang lain. Selain itu, Sekretariat mengumpulkan maklumat-maklumat terkini tentang gerak kerja dan masalah-masalah yang cuba dibantu oleh pihak sekretariat. Pemuda cawangan Sri Perantau juga diberikan tugasan untuk menambahkan ahli pemuda dan menggerakkan usrah cawangan.

Selain rakan-rakan pemuda Sri Perantau menyambut kehadiran pihak sekretariat pemuda Selat Klang, Ketua Cawangan dan beberapa ahli jawatankuasanya turut menyertai aktiviti tersebut. Sekretariat Pemuda DUN Selat Klang pula dihadiri oleh 20 orang termasuk dari kalangan Nisa'.

Sekretariat Pemuda Selat Klang akan meneruskan aktiviti ini dan seterusnya program ziarah dan ramah mesra ke Sungai Sireh dan Kampung Delek Selatan.



No comments:

Post a Comment