Wednesday, December 16, 2009

BERITA : Usrah Gabungan Pemuda Selat Klang






Demi untuk mengukuhkan ukhwah dan kekuatan pemuda, program Usrah Gabungan bagi peringkat pemuda-pemuda DUN Selat Klang telah digerakkan pada 15 Disember 2009, bertempat di Jalan Yadi, Klang.

Usrah gabungan dihadiri oleh 30 orang pemuda PAS cawangan-cawangan di DUN Selat Klang dan diketuai oleh ketua pemuda cawangan masing-masing. Pengisian dan tazkirah ringkas disampaikan oleh Ustaz Faryzan selaku Ketua Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Kapar. Turut hadir beberapa pimpinan DPPK Kapar.

Anak-anak usrah juga telah beri peluang untuk berkongsi pandangan dan buah fikiran dalam memperkukuhkan barisan pemuda Kapar amnya, dan di Selat Klang khususnya.

No comments:

Post a Comment