Wednesday, December 16, 2009

BERITA : DPPK di Seminar IT JPrN Selangor


Pada 13hb Disember 2009, Jabatan Pilihanraya Negeri (JPrN) Selangor telah menganjurkan Seminar IT bertempat di Dewan Hamzah Klang.

Seminar tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan para peserta beberapa 'tools' dan aplikasi yang boleh membantu di dalam menggerakkan jentera pilihanraya dan juga memudahkan pemantauan dan culaan pengundi. Peserta terdiri daripada wakil-wakil kawasan, dewan-dewan di peringkat kawasan, MTD dan petugas-petugas pilihanraya.

Antara aplikasi yang sangat berguna termasuk Sistem Semakan Daftar Pemilih (SSDP), SPOKAS, SISPRO dan SMSBulk. Peserta diberikan penerangan , nota-nota yang sangat berguna dan juga bengkel secara praktikal. Pihak DPPK Kapar sendiri mengambil manfaat dengan menghantar 2 orang wakil bagi seminar tersebut termasuk ketua lajnah Penerangan dan IT sendiri.

Ini adalah persediaan PAS Negeri Selangor khususnya untuk menggerakkan jentera pilihanraya lebih awal untuk memastikan penguasaan PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor ini.

No comments:

Post a Comment