Monday, December 14, 2009

Berita : Seminar Memperkasa Parti Memperkukuh Pakatan

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah menganjurkan Seminar Memperkasa Parti, Memperkukuh Pakatan yang diadakan di Dwan Auditorium MBSA, Shah Alam pada 6 Disember yang lalu.

Bersesuaian dengan tajuk seminar itu sendiri, tujuan utama seminar adalah mengukuhkan kedudukan PAS di negeri Selangor selain selain daripada memperkasa parti, sama ada di peringkat negeri, kawasan, mahupun cawangan.

Dua pembentangan kertas kerja telah disampaikan, setiap satunya oleh Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah dan juga Dato' Mustapha Ali selaku Setiausaha Agung PAS Pusat.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar tidak ketinggalan mengikut seminar sehingga habis. Sekarang tibalah masanya maklumat seminar diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja yang akan digerakkan secara bersepadu di peringkat kawasan.

Gambar: Antara pimpinan pemuda Kapar yang hadir pada seminar tersebut.


No comments:

Post a Comment