Monday, December 14, 2009

BERITA : Kursus Aplikasi Adobe Photoshop DPPK Kapar





Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar berjaya menganjurkan Kursus Asas Adobe Photoshop yang telah diadakan pada 5 Disember yang lepas. Bertempat di Balai JKKK Kg Delek Klang, peserta didedahkan dengan ilmu-ilmu asas yang boleh dipratikkan dalam mereka banner, poster, kulit buku dan website.

Penceramah dibawa khas dari Bangi. En Amir dan En Zainal adalah orang yang pakar dan bergelumang dengan photoshop setiap hari, memberikan penerangan yang senang difahami dan kerja praktikal yang menyeronokkan.

Di peringkat awal, walaupun yang respon yang diterima sangat baik dari penduduk setempat, masalah kebanyakkan daripada mereka ialah ketiadaan laptop sendiri. Atas kejayaan program IT seperti ini, DPPK mendapat gambaran adalah lebih baik untuk diadakan di pusat-pusat IT yang sedia ada dengan kemudahan komputer untuk memudahkan peserta.

No comments:

Post a Comment