Friday, December 11, 2009

BERITA : Kejohanan Piala KP DPPP & KP DPPNS




DAC'S Kapar turut serta dalam kejohanan tersebut di mini stadium bola Batu 14 Semenyih.

Pasukan Naib Johan terbuka PAS cawangan Bukit Kapar terpilih untuk menyematkan jersi DAC's Kapar di kejohanan tersebut. Peringkat awal permainan, keyakinan untuk layak keseparuh akhir adalah cerah..... Namun apakan daya, kurang perhatian dalam persediaan stamina untuk 2nd game. menyebabkan ia tak kecapaian untuk ke separuh akhir...... hu.hu.huuu.. Bagaimanapun keputusan tersebut melalui lambungan duit.Dengan nada kecewa, ketua pasukan sdr Subahi Sayuti kesal kerana tidak dapat melonjakkan DAC's Kapar ke peringkat separuh akhir.

Peluang pada acara lain seperti Badminton, Bowling dan sebagainya mungkin juga akan menyusul kepada Juara kejohanan yang kita anjurkan sebelum ini untuk keperingkat negeri.

Semoga kejohanan tersebut dapat merapatkan lagi ukhwah belia yang sentiasa dahagakan aktiviti seperti ini. Ajk pengiring sdr Adri mewakili DPPK mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pasukan yang terlibat. Selesai kejohanan acara membersih badan berlangsung di Air terjun Sg Congkak dengan aksi yang tersendiri.







No comments:

Post a Comment