Thursday, April 15, 2010

Berita dari Kg Delek : Masjid Nurul Amin bakal jadi mini Serambi Mekah Selangor

Masjid Nurul Amin, Kampung Delek

Sumber : Selangor Kini

KLANG 11 Apr – Kerajaan Negeri Selangor mahu menjadikan Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, Selat Klang sebagai mini Serambi Mekah di negeri ini. Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang itu berkata, masjid itu sebagai nadi kepada pembangunan modal insan di bawah program SPIES.


Dr Halimah yakin program seperti motivasi pelajar, kursus keibu-bapaan dan ceramah perdana yang dibuat kerajaan negeri melalui program SPIES kali ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan ibu bapa dan pelajar.


“Saya berhasrat untuk menyediakan Kampung Delek khususnya masjid Nurul Amin ini sebagai nadi bagi pembangunan modal insan.


“Program ini merupakan satu langkah awal untuk mereka sebagai jasa kesedaran kepada masyarakat supaya di sini boleh menjadi Serambi Mekah.”


Dalam pada itu, pengarah program, Ahmad Shukri Yusoff berharap program SPIES itu dapat membawa transformasi terbaik untuk ibu bapa dan pelajar, berhijrah ke arah kehidupan yang lebih sempurna baik dari segi keperluan mental, fizikal mahupun rohani.


“Kepada masyarakat setempat dan rakyat di negeri Selangor supaya kita dapat membangunkan nilai-nilai SPIES tidak kira latar belakang untuk membangunkan masyarakat,” kata Ahmad Shukri.


Bookmark and Share

-rebok-

No comments:

Post a Comment