Wednesday, April 14, 2010

Isu Khas; PRK P094 Hulu Selangor (Artikel 01)

Calon PRK P094 Parlimen Hulu Selangor bagi PAKATAN RAKYAT

Dato Zaid Ibrahim diapit oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Sedutan dari malaysiakini.com

Pakatan Rakyat, malam semalam mengetengahkan bekas menteri de facto undang-undang itu, secara rasmi sebagai calon dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor menentang gergasi BN.Anwar mengumumkan perkara itu di hadapan 10,000 penyokong Pakatan Rakyat di Serendah, Hulu Selangor .


Pengumuman ini dibuat dua hari lebih awal dari BN, yang masih buntu mencari calon terbaik bagi meramapas Hulu Selangor.Menurut Anwar, Zaid adalah seorang pemimpin yang berprinsip - seseorang yang sanggup melepaskan jawatan menteri untuk mempertahankan perjuangannya.


Zaid adalah peguam yang pernah suatu ketika menguruskan firma undang-undang terbesar di negara ini sebelum berkhidmat sebagai ahli Parlimen Kota Bharu.Pada 2008, beliau meletak jawatan sebagai menteri undang-undang dari kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai tanda bantahan kepada penahanan exco Selangor Teresa Kok, wartawan Cina dan seorang blogger mengikut ISA.


Zaid ketika naik ke pentas mengucapkan terima kasih kepada PKR kerana mencalonkannya walaupun dia masih baru bersama parti itu.


Ditanya wartawan ketika meninggalkan majlis itu, sama ada dia agak liberal bagi penduduk luar bandar Hulu Selangor, Zaihid menafikannya."Saya kurang setuju...saya datang dari kawasan pengundi Melayu. Saya lebih Melayu daripada kebanyakan pemimpin Sabah. Saya faham perasaan dan kehendak rakyat,” katanya lagi.


Hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir pada majlis ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pemimpin lain seperti Syed Husin Ali, Tan Seng Giaw, Datin Seri Wan Azizah Ismail, N Gobalakrishnan, Datuk Seri Chua Jui Meng, Charles Santiago and S Manikavasagam.


So, tiba masanya untuk kita bekerja ketika UMNO/MIC/BN masih BERTELAGAH memikirkan siapakah Calon yang sesuai untuk PRK ini.


Bookmark and Share
-rebok-

No comments:

Post a Comment