Friday, April 9, 2010

Konvensyen BN atau Perhimpunan UMNO??


Buat julung-julung kalinya selepas selesa menjadi pembangkang di Dewan Negeri Selangor, Barisan Nasional berjaya menganjurkan Konvensyen Barisan Nasional pada 7 April 2010 bertempat di SACC Convention Centre.

Malangnya, konvensyen yang memaparkan tagline STOP PRU 13, BN mampu berubah ternyata hanya indah kabar dari rupa.

Apakan tidaknya, tanpa semena-mena terdapat 15 perwakilan dari Bahagian MCA Kapar bertindak keluar sejurus selepas majlis perasmian.Tindakan itu dipercayai ekoran daripada tindakan penganjur yang hanya memainkan Lagu Negaraku dan Lagu UMNO pada awal persidangan

Menurut beberapa sumber lagi, sidang sesi pagi jelas seperti Persidangan Agung UMNO apabila hanya 4 kerusi disediakan di pentas utama yang menempatkan 4 pemimpin UMNO dengan mengabaikan terus pimpinan parti – parti komponen BN yang lain.

Sidang sesi pagi juga diburukkan lagi dengan sikap bobrok Dato Seri Noh Omar yang ultra Melayu dan mengkesampingkan peranan kaum lain. Antara intipati ucapan Dato Seri Noh Omar yang membangkitkan rasa marah para perwakilan khususnya daripada MCA dan GERAKAN adalah:-

“Orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu”
“Rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.”

Kenyataan-kenyataan tersebut dilihat oleh sesetengah perwakilan bercorak ‘ultra perkauman’ yang mana seolah-olah menidakkan peranan ‘Kaum Bukan Melayu’ dalam kehidupan 1 Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak.

Hanya sesi sebelah petang sahaja dilihat suasana agak hidup, itupun dengan kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Pusat yang melancarkan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU13

Kesimpulan daripada Konvensyen Barisan Nasional ini adalah

1.Pemilihan tema STOP PRU 13 adalah sungguh tepat, ia bermaksud langkah Barisan Nasional Selangor akan terus STOP pada PRU ke 13. Pemilihan tepat yang bercorak negatif ini memperlihatkan Barisan Nasional masih tidak mengakui mengapa mereka menjadi Pembangkang selepas pasca PRU ke 12

2.Pemimpin-pemimpin UMNO masih menyalahkan kaum bukan Melayu yang dilihat mereka hilang kuasa di 5 Negeri di Semenanjung Malaysia(sebelum Perak dirampas oleh Dato’ Seri Najib). Ternyata pemimpin UMNO sendiri gagal memahami apa itu 1 Malaysia. Hakikatnya pemimpin-pemimpin UMNO ini masih segan untuk mengakui bahawa akibat daripada tangan-tangan mereka sendiri yang rakus memberi penyapu kepada D.O Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor, merampas tanah Bukit Berembang serta membiarkan pasir sungai dikorek tanpa penguatkuasaan yang menyebabkan mereka tumbang di Selangor. Apa rakyat BUTA tentang semua kebobrokkan itu?

3.Pemimpin UMNO masih memikirkan bahawa UMNO itu BN dan BN itu UMNO. Parti-parti komponen dalam BN hanya berguna ketika pilihanraya umum atau pilihanraya kecil semata-mata. Tanya Gerakan Pulau Pinang, adakah mereka akan berbaik-baik kembali dengan UMNO Pulau Pinang dek kelancangan mulut Datuk Ahmad Ismail? UMNO adalah satu-satunya parti yang hanya mampu menanam tebu di bibir, tidak langsung setia pada janji setiakawan.

Buktinya:

a.Parlimen Batu kini dikuasai oleh UMNO yang sebelumnya diterajui oleh Parti Gerakan
b.Kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang yang dikuasai oleh Parti Gerakan ingin dirampas kembali oleh UMNO walaupun Pengerusi UMNO Pulau Pinang hanya mampu berlapik dalam mengulas isu tersebut

Justeru itu bagi menyahut seruan Barisan Nasional ini, ayuh kita

STOP BN PADA PRU 13 ini. JANGAN BENARKAN MEREKA MERAMPAS KEMBALI BUMI SELANGOR INI

p/s: Dengar kabar Dato Seri Noh Omar hanya meminta maaf dengan Surat Kabar Cina, tidak dengan surat kabar Melayu. Sebabnya, surat kabar Melayu TAK AMANAH dan MENYEMBUNYIKAN GELODAK yang berlaku ketika Konvensyen UMNO opps BN itu
-rebok-

No comments:

Post a Comment