Monday, April 12, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Ke22 (DPP Kapar)

Sumber berita : Khidmat Meru

Mesyuarat Agung Tahunan Ke22 (DPP Kapar)







Dewan Pemuda Pas Kawasan Kapar telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 22. Ustaz Riduan Mohamad Nor AJK Dewan Pemuda PAS Pusat telah di jemput sebagai perasmi mesyuarat tersebut.

Ustaz Riduan dalam ucapannya menyingkap lebaran-lebaran sejarah yang menyaksikan peranan besar yang di mainkan oleh golongan pemuda yang berjaya menjatuhkan golongan zalim yang merampas hak-hak rakyat dan menindas mereka dengan berbagai cara.

YDP PAS Kapar, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman pula dalam ucapannya menyeru agar selain menguasai ilmu IT yang kian pesat berkembang, golongan pemuda juga perlu di lihat turun padang untuk mearik hati rakyat dengan mengunjungi surau-surau dan masjid serta mesra rakyat agar mereka dapat lebih mudah di senangi dan di dampingi.

Walaupun rakyat tahu kita ini golongan yang baik tetapi lebih dari itu rakyat mahu tahu adakah kita mampu memerintah dan mengurus dengan jauh lebih baik dari kerajaan dahulu.

-rebok-

No comments:

Post a Comment