4 orang Perwakilan DPPK Kapar pada Muktamar Pemuda PAS di Kelantan Trade Centre pada 10 Jun yang lepas
Alhamdulillah, telah pun selesai sesi muktamar yang berlangsung di Kota Bharu bermula dari perasmiannya pada 9 Jun 2010, muktamar dewan pemudanya, muslimatnya, ulama'nya dan terakhir adalah Muktamar PAS Pusat. Keputusan telah dicanai, dicapai, disepakati dan seterusnya akan menjadi panduan dan hala tuju gerak kerja.
Beberapa kenangan pahit manis di rakam untuk muktamar kali ini bagi kami di Dewan Pemuda Pas Kawasan Kapar. DPPK Kapar juga terlibat secara langsung sebagai perwakilan dan pemerhati. Yang manis untuk dikongsi apabila Selangor dinobatkan sebagai negeri yang mempunyai PASTI Terbaik (Kategori A). Tentunya DPPK Kapar turut menyumbang atas kejayaan itu. DPPK Kapar mempunyai jumlah PASTI terbanyak di Selangor, bukankah manis?
Kemanisan disulami kesedihan atas pemergian Allahyarham Ayahanda Ustaz Hasan Syukri ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang berjihad di jalan Allah.
Sekarang, semua perwakilan dan pemerhati, pimpinan mahupun ahli di peringkat cawangan sudah kembali ke tempat masing-masing. Amanat dan saranan pimpinan, selain keputusan muktamar dibawa balik sebagai azimat dan perangsang. Masih panjang lagi jalan perjuangan untuk Allah dan Rasul ini. Saya sempat membeli beberapa buah buku baru dilancarkan semasa Muktamar Pemuda di Kelantan Trade Centre, termasuk buku Memoir Tragedi Memali hasil karya Ust Riduan Mohamad Nor dan C.N Afghani. Buku yang merakamkan perjuangan Asy-Syahid Ust Ibrahim Libya dalam memartabatkan agama Allah ini. Tentunya akan hadir kesusahan, mehnah dan tribulasi sepanjang ranjau perjuangan. Begitu juga halnya kami di DPPK ini.
Selamat menyambung kerja..Allahu Akbar!Mohd Shaiful Roseman
Ketua Penerangan
DPPK Kapar
No comments:
Post a Comment