Wednesday, September 22, 2010

Kemenangan Berganda di Aidilfitri

Bookmark and Share
Dewan Pemuda PAS Kapar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli Pemuda PAS di kawasan Kapar.

Pelbagai cabaran terpaksa kita harungi dalam tarbiyah Ramadhan yang lalu sama ada berbentuk fizikal, mental dan hati kita. Sekaligus, ia sedikit sebanyak dapat membina kekuatan dalaman ahli-ahli PAS yang semakin matang menghadapi sepak terajang politik yang semakin mengganas.

Kegiatan dakwah dan kebajikan kita semakin segar dan rancak. Syukur kita tak merasa lelah dan lesu, bahkan semakin bersemangat dan sentiasa ingin menambahnya lagi dengan mencari kemampuan yang boleh diusahakan.

Walaupun, bukan sedikit yang merasa cemburu dan terancam dengan amar makruf ini, janganlah kita merasa gusar dan takut. Insyaallah nusrah itu sentiasa menyebelahi kita selagi niat kita suci disertakan dengan tindak laku kita yang sentiasa di landasan syariat.

Kejahilan ummat, nyata menjadi musuh paling besar kita. Biarpun dalam kepesatan maklumat masakini. Kejahilan itu tetap menjadi barah yang sukar untuk diubati. Apatah lagi jika ia dibajai dengan nafsu dan hasad dengki yang menyala-nyala.

Isu, bukan Islam maduk ke masjid yang menjadi polemik ummah sudah tentu menggelisahkan pakcik-makcik, abang-kakak yang tidak menghayati kitab-kitab ulamak muktabar. Sentimen yang dibakar dan disiram minyak itu akhirnya akan padam juga. Usaha gigih penceramah dan ustaz-ustaz menerangkan sisi sebenar ajaran Islam akan sedikit demi sedikit membunuh kejahilan itu.

Dalam kita berusaha keras menyebar dakwah yang berpanjangan, kerja-kerja kebajikan juga kita tidak lupakan. Cuma bezanya, Dewan Pemuda PAS Kapar tahun ini telah menumpukan hal kebajikan ahli PAS itu sendiri.

Nampak seperti kerja mudah, tetapi rupanya tidak! Ahli PAS adalah jenis yang tidak meminta-minta. Malah suka memendamkan sahaja kesusahan yang dihadapinya tetapi suka menolong orang lain pula. Rahsia di sebalik wajah yang tenang itu, menyingkap pelbagai kisah hidup mereka yang sewajarnya menjadi tumpuan untuk kita membantu.

Syukur usaha ini tidak sia-sia. Bukanlah tujuan untuk mengaibkan, sekadar mungkin untuk kita sama-sama berkongsi semangat tabah yang dimiliki sebilangan ahli kita yang lebih layak daripada asnaf-asnaf, tetapi mereka tidak mahu meminta.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Kapar bertekad untuk menumpukan kepada gerakerja membina kekuatan ahlinya, pelbagai program telah dilaksanakan sepanjang Ramadhan yang lalu yang berlegar di kalangan ahli pemuda PAS. Ukhuwah, mahabbah dan ikatan silaturrahim itu akan cuba dihayati sungguh-sungguh agar kita dapat berkongsi kekuatan, menangani kelemahan. InsyaAllah!!

Nikmatilah kemengan bergand ini di Aidilfitri,

No comments:

Post a Comment