DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KAPAR

'Memimpin Kebangkitan Anak Muda'

Pages

  • Utama
  • PASTI Kapar

Thursday, September 23, 2010

Kembara Amal Selat Klang - Konvoi Bermotor

mem

Bookmark and Share

Pemuda PAS Selat Klang telah menyertai program Kembara Amal Generasi Idaman Selangor melalui Konvoi Bermotor.

Seramai lebi
h 100 orang peserta telah mengiringi rombongan YB Dr Halimah Ali yang melawat pesakit-pesakit kronik yang terlantar di rumah di DUN Selat Klang.

Konvoi ini telah membawa sedikit sumbangan sempena bukan Ramadhan dan hari raya yang bakal menjelang. Konvoi diketuai oleh Saudara Zamri dan Saudara Hambali.

Pada sebelah petangnya pula, pasukan bermotor ini telah membantu mengedarkan bubur lambuk di seluruh DUN Selat Klang. Di antaranya di Kg Sungai Udang, Kg Delek, Bazar Ramadhan dan sebagainya.

Walaupun, peserta terdiri daripada pemuda-pemuda 'mat motor'
yang sering dilabel dengan prasangka negatif, namun melalui penyertaan mereka dalam program amal di bulan yang mulia ini telah memberi mesej kepada masyarakat bahawa golongan muda juga sedia untuk memberi bantuan tenaga mereka jika diberi peluang dan ruang.

Semoga kejayaan program serampang dua mata ini iaitu mendekati golongan muda 'mat motor' dan juga masyarakat yang memerlukan bantuan, dapat menjadi iktibar ramai pihak bahawa usaha untuk merapatkan jurang perbezaaan adalah satu perkara asas yang perlu dilakukan untuk menangani pelbagai gejala sosial hari ini.

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Semak Daftar Pemilih

Semak Daftar Pemilih
Semak di sini

Cari Kami di Facebook

Cari Kami di Facebook

PENAFIAN

Segala paparan dan kenyataan di dalam laman ini adalah bukan kenyataan rasmi daripada pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar melainkan dinyatakan demikian.
Picture Window theme. Theme images by ElementalImaging. Powered by Blogger.