Sunday, September 26, 2010

Mesra Aidilfitri DPPK 1431h

Bookmark and Share

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar pada tahun ini yang diadakan pada 25 September 2010 (Sabtu) lalu nyata memberi sentuhan berbeza dan cukup istimewa.

Keistimewaan sambutan kali ini bukanlah terletak pada kegemilangan acara atau kepelbagaian juadah makanannya, tetapi konsep sambutan yang memberi penghargaan kepada insan yang mungkin kita abaikan atau kurang memberi perhatian.

Apa tidaknya, kali ini DPPK telah membuat sambutan Hari Raya di rumah seorang veteran aktivis yang satu masa dahulu merupakan seorang perintis dalam menggerakkan dan menghidupkan PAS di Meru dan Kawasan Kapar khususnya sayap pemuda. Beliau yang dimaksudkan ialah En Jais Fathurrahman.

Antara tetamu yang hadir, selain YDP PAS Kapar YB Dr Hj Abd Rani Osman yang juga ADUN Meru, veteran Hj Khusrin dan Hj Mohsinun juga turut sama memeriahkan sambutan yang diadakan secara sederhana itu.

Hj Mohsinun yang merupakan mantan Setiausaha BPPNS dan masih lagi aktif memberi tunjuk ajar kepada jentera PAS, telah bergegas pulang dari Kuala Tererngganu untuk menghadiri majlis meraikan En. Jais yang diadakan oleh DPPKapar ini. Sementara itu Hj Khusrin yang memberi ucapan ringkas, telah memberi penghargaan kepada DPPKapar kerana tidak melupakan jasa golongan veteran yang banyak berkorban dalam perjuangan yang mereka lalui lebih dahulu.

Menurut beliau, En Jais merupakan antara individu yang telah mengorbankan dirinya untuk melihat PAS berkembang apabila telah menerima arahan parti untuk bertanding pilihanraya kecil dengan meninggalkan jawatannya sebagai seorang pegawai RISDA. Walaupun sedar tugas itu bukan mudah, beliau sanggup memikul amanah walaupun sedar kemenangan adalah sesuatu yang amat tipis untuk beliau kecapi ketika itu.


Nyata, pengorbanan itu telah membuahkan hasil pada hari ini apabila PAS dilihat sebagai sebuah parti politik yang gagah dan diterima oleh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama khususnya di Meru ini. Perkembangan positif ini telah menyebabkan En Jais tidak sabar-sabar untuk bergerak aktif semula walaupun beliau kini dalam keadaaan uzur setelah diserang stroke seluruh badan.

Beliau yang merasa sangat gembira tidak habis-habis bercerita tentang pengalaman beliau kepada anak muda hari ini dan memberikan nasihat yang sangat bernas. Menurut beliau, keanggotaan bukan Islam di dalam PAS telah membuka
ruang dakwah yang sangat luas. PAS perlu berusaha gigih untuk mengangani mereka, menyantuni dan menguruskan hal ehwal keanggotaan mereka agar sokongan mereka kepada PAS dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan berpanjangan.

Rata-rata tetamu mengucaokan tahniah di atas keperihatinan DPPKapar menghargai golongan veteran dan mengharapkan program ini diteruskan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment