Saturday, January 15, 2011

Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Kapar

Bookmark and Share

Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Kapar sedang berlangsung kini. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun sepanjang sambuatan bagi menyemarakkan sokongan pelbagai lapisan masyarakat khususnya di kawasan Kapar terhadap perjuangan PAS.

Antara lain, program sambutan adalah seperti:..

1) Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Kapar oleh YB Salehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan ucapan alu-aluan Oleh YB Dr Hj Abd Rani Osman (YDP PAS Kapar) pada 15 Januari 2011 (Sabtu) Jam 9.00 malam di Dewan Ahmad Razali, DUN Sementa.

2) Sambutan Tahun Baru Cina, pemberian sumbangan untuk warga emas dan orang miskin di Teluk Pulai, Klang pada 16 Januari 2011 (Ahad) oleh YB Dr Hjh Halimah Ali (ADUN Selat Klang)

3) Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk warga Pulau Ketam di Pelabuhan Klang oleh Yayasan Amal Malaysia dan Pejabat DUN Selat Klang pada 20 Januari 2011 (Khamis)

4) Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk warga Sungai Udang, Klang pada 22 Januari 2011 (Sabtu)

5) Pertandingan Bola Jaring - Wanita di Dewan Ahmad Razali, DUN Sementa pada 23 Januari 2011 (Ahad)

6) Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Bagan Hailam, Pelabuhan Klang pada 27 Januari 2011 (Khamis)

7) Jamuan Makan Malam-Jasamu Dikenang, meraikan veteran PAS Kapar dan bekas calon serta pimpinan di Dewan Sg Pinang, Klang pada 28 Januari 2011 (Jumaat)

8) Kejohanan Futsal Terbuka Belia 2011 - Piala ADUN Selat Klang di Real Sports Arena, Telok Gadong pada 29 Januari 2011 (Sabtu)

9) Pemberian Sumbangan Tahun Baru Cina untuk Warga Emas dan orang miskin di Sungai Lima, Pelabuhan Klang pada 31 Januari 2011 (Isnin)

10) Majlis Penutup: Malam Kesenian Islam dan Ceramah Umum di Bukit Kapar, DUN Meru pada 4 Februari 2011.

Orang ramai dijemput hadir ke program yang telah dinyatakan di atas.

Monday, January 3, 2011

Catatan Perjalanan: Sambutan Baik Warga Malaysia di UK kepada PAS





Peluang untuk bersama-sama Tuan Guru Presiden dan Naib Presiden, Dato' Tuan Ibrahim untuk duduk serumah, jalan seiring, makan semeja memang takkan dilepaskan. Apa lagi menikmati pengalaman musim sejuk, salji dan baju tebal di negara kuasa yang pernah menjajah kita beratus-ratus tahun lamanya. Menggalas misi melebarluas dakwah dan perjuangan bersama-sama pimpinan adalah sesuatu yang sangat mengujakan!!

Terlalu banyak titipan Tuan Guru yang mengalir saban hari, bercerita dengan penuh ilmu yang menyeronokkan.. terasa rugi pula bila sedar tak dirakamkan saja semua mutahan-muntahan celoteh beliau bersama Ust Tuan. Apa tidaknya, bila semua perkara dilontar walau dengan gaya seloroh, tuan guru akan menyambut mesra dengan kisah nabi dan para sahabat yang seolah-olah berlaku di hadapan mata beliau. Seakan-akan beliau sedang berdialog dengan para sahabat pula lagaknya.

Tidak habis dengan kisah yang sudah berzaman lamanya, Tuan guru juga nyata bukan calang bila mengupas pergolakan politik dalam dan luar negara. Seantero dunia seperti dalam sisipan mindanya. Pergolakan yang berlaku bukan hanya dari pengkisahan berita mendatar, tapi beliau mampu bercerita mengulas tentang di sebalik tabir krisis negara-negara dunia apalagi Malaysia. Susur galur keluarga di raja dan politikus Malaysia juga mampu dijelaskannya!!

Apa pun yang penting misi merasmikan PAS Representative Council (PRC) berjaya dilaksanakan. Ternyata warga Malaysia di UK sangat dahagakan dakwah daripada PAS. Peluang live bersama Tuan Guru Presiden dan Naib Presiden tak dilepaskan begitu sahaja. Program umum ini menarik minat semua pelbagai latarbelakang warga di sana. Khabarnya wakil Kelab UMNO dan badan-badan pertubuhan lain juga hadir berdialog dengan Tuan Guru.

Satu perkara yang menakjubkan lawatan kali ini lewat musim cuti krismas ialah seperti tiadanya krismas di UK. Tidak pun kelihatan objek-objek krismas di sana sini seperti pokok krismas, lampu krismas, santa klaus bahkan TV juga tiada iklan krismas!!. Cuti krismas di sambut sunyi semua warganya berkurung di rumah, gereja dibiar sepi dan tiada pun warga mengucap selamat hari krismas. Krismas seperti sudah berpindah ke asia.. waulahu'alam.
Bookmark and Share

Battle of The Band peringkat Kapar



Majlis kemuncak -Battle of the Band peringkat Kapar. Kelihatan penganjur bersama iaitu DPP Kapar diwakili Ustaz Haidar Taslin, Nasyeed.com dan Al-Farabi Band.


Antara pemenang pertandingan.. Selain kumpulan, hadiah individu iaitu pemain gitar, bass, drum dan vokalis terbaik juga menerima hadiah. Turut menyerikan majlis ialah Ketua DACS DPP Negeri Selangor, Sdr Halim.


Tenaga penggerak di sebalik kejayaan penganjuran Battle of the Band perimgkat Kapar. Antaranya Sdr Halid, Izwan dan Zahidin.

Bookmark and Share

Saturday, November 27, 2010

AL FARABI BATTLE OF THE BANDS

Assalamualaikum
 
Dijemput untuk memeriahkan program ini. Untuk penyertaan bolehlah hubungi
talian  016 2385788