Sunday, August 16, 2009

BERITA: Laporan Polis ka Atas 'Kain Rentang Fitnah'


Satu Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar, Ust Haidar bin Taslin berkenaan kewujudan 'baner' atau kain rentang yang berunsur fitnah telah digantung di beberapa tempat sekitar kawasan Parlimen Kapar.

Kain rentang tersebut tertulis 'Bebaskan Umat Islam Dari ARAK... KAMI MENYOKONG TINDAKAN MBSA Bila Lagi Nak Keluar Dari PAkatan Rakyat!!!' Kami Ahli-ahli PAS Kawasan Parlimen Kapar.'

Pihak Dewan Pemuda PAS Kapar telah melakukan siasatan dalaman di kalangan pemimpin-pemimpin PAS di cawangan-cawangan dan didapati tiada pihak dari PAS Kawasan Kapar yang mengaku menggantung kain rentang tersebut.

Setelah didapati kain rentang seumpama itu digantung di beberapa tempat seperti persimpangan Taman Sri Pekan, Meru, persimpangan Kg Rantau Panjang dan Teluk Kapas beliau telah membuat keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis berikutan terdapat unsur-unsur fitnah dan provokasi pada tulisan kain rentang tersebut.

Menurut beliau, isu ini telah dianggap selesai dan tiada isu untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat seperti yang dinyatakan di dalam kain rentang tersebut. Ternyata perbuatan ini dilakukan oleh orang yang tidak senang dengan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat dan cuba memberi imej buruk PAS kepada masyarakat.

'PAS tetap konsisten dengan perjuangan Islam walaupun bergabung di dalam Pakatan Rakyat bersama parti-parti lain yang berbilang kaum. Berbeza dengan UMNO, PAS tetap menyatakan pendirian perjuangannya yang tidak akan bersekongkol dengan perkara yang diharamkan syarak.'

'Walaupun perkara ini pada awalnya menimbulkan pelbagai reaksi, namun berkat kesabaran dan kegigihan kita menerangkan prinsip itu, akhirnya ia dapat diterima malah dihormati. Kita tidak akan sekali-kali membenarkan kerajaan yang kita kuasai untuk bertindak melanggar syarak dengan sewenang-wenangnya sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini walaupun UMNO menerajuinya.'

'Dalam masa yang sama, Islam tidak menghalang untuk orang bukan Islam melakukan perkara yang tidak diharamkan oleh agama mereka seperti meminum arak. Namun prinsip hormat-menghormati mestilah dijunjung semua pihak.'

Beliau kesal dengan tindakan segelintir pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dan cuba menggagalkan niat murni PAS untuk memberi kefahaman tentang konsep Islam yang syumul kepada masyarakat seluruhnya tanpa dibatasi agama dan kaum. Semoga pihak-pihak ini segera memberhentikan perbuatan mereka dan insaf serta bertaubat sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi.

9 comments:

  1. Ini berpunca disebabkan satu arahan untuk membuat bena untuk menyokong tindakan MBSA tetapi telah diambil kesempatan orang yang tidak bertanggung jawap khasnya umno dan musuh-musuh pas,dari mula lagi saya sudah tidak setuju arahan untuk buat bena menyokong tindakan MBSA,harap ini satu pengajaran.tk

    ReplyDelete
  2. SYABAS SYABAB KAPAR!

    INI KERJA JAHAT DAN KOTOR LAGI MENGHINAKAN OLEH MANUSIA BEROTAK KARAT 50 TAHUN.

    BUAT LAGI BENA BANYAK2! ISLAM AKAN MENANG JUA AKHIRNYA!

    PEMUDA KUALA LANGAT PUN MENUNGGU KLU2 ADA MANUSIA BANGANG TAHAP CHIMPANZEE YANG AKAN MENGGANGGU GUGAT USAHA MURNI KITA.

    HARAMKAN ARAK!
    HARAMKAN PARTI ASOBIYYAH!

    ReplyDelete
  3. Lajnah Penerangan & IT DPPKAugust 17, 2009 at 1:35 PM

    Terima kasih atas komen. Setiap keputusan tetap akan timbul respon positif & negatif. Isu banner fitnah ini salah satunya (-ve). Tapi kalau dilihat dari sudut positif, PAS terkehadapan bersuara perjuangkan isu arak, buktinya ada banner.

    Seperti kata Mohamed Ali, semoga jadi pengajaran, dan DPPK sememangnya sudah bersedia dgn kemungkinan banner2 fitnah ini. Sebab itu kami cepat bertindak tanpa lengah. Hari tu naik, hari tu juga kami turunkan.

    Walaubagaimanapun peringatan tersebut tetap kami ambil kira. Bersedia dengan kemungkinan yang lain pula.

    ReplyDelete
  4. Salam....kain rentang atau banner ini adalah suara mereka-mereka yang tidak berani menampilkan diri...terus terang saya katakan...mungkin sebagai jawatankuasa anda terpaksa mengatakan ini adalah permainan kotor pihak-pihak politik..namun hakikatnya...dalam isu arak, rumah urut, dangdut yang mula makin bertambah sekarang ini dalam kawasan jajahan MPK anda tidak sedari...ini adalah usaha DAP yang juga rakan seperjuangan PAS meluaskan empayar mereka...Hakikatnya dimana perjuangan PAS dalam menangani isu arak tersebut....dimana maruah penguatkuasa ISLAM yang telah menjalankan tanggungjawab mereka demi tugas...siapa yang akan membela mereka setelah dimarahi, diherdik , dicaci oleh DAP....kalau anda di tempat mereka...apa yang akan anda lakukan...????

    ReplyDelete
  5. Tak nampak kesalahan apapun pasang banner ni, bukan elok ada daripada tak ada, sekurang2nya menunjukkan pas masih lagi berminat nak memperjuangkan islam...bukan memperjuangkan kawan...apa yang nak ditakutkkan sangat dalam nak memperjuangkan islam, berani kerana Allah, takut pun kerana Allah...bukan takut sebab DAP,PKR atau pun UMNO...takbir

    ReplyDelete
  6. kalau iya pun, takkan laa gi balai polis berdua je... mana ajk yg lain ?

    ReplyDelete
  7. sekarang kerajaan selangor nak bina kuil kat sek. 23 S.Alam mana kain rentang dari pas bg membantah pembinaan terbabit, atau pas memang menyokongnya...saya nak lihat juga usul dari pas nak bina masjid atau surau...tapi x timbul2 pun dari YB Exco, jgn la dok ckp saja nak memperjuangkan Islam klu benda kecil pun x boleh nak buat.

    ReplyDelete
  8. kalau hanya mendengar berita dari satu pihak macam ni la jadinya. Kuil tersebut hanya dipindah dari sec 19 ke sec 23. So, tak timbul bina baru, cuma dipindahkan atas faktor keselamatan dan kepadatan penduduk.
    Kalau dapat sesuatu berita, selidik la dulu. Nak dibina masjid & surau lagi buat apa kalau yg sedia ada pun dah mencukupi? Kita nak imarahkan masjid & surau yg sebelum ni disekat majlis ilmunya.
    izinkan saya bantu bagi mereka yg nakkan penjelasan, boleh baca di sini ---> http://www.khalidsamad.com/2009/08/tapak-kuil-seksyen-23-shah-alam.html

    akhir sekali, 'benda kecil' macam penjualan arak ni la PAS akan terus perjuangkan yg sebelum ni pun 'benda kecil' ni UMNO tak pandang.

    ReplyDelete
  9. Aslmkm

    Rumah urut, disko , kilang arak dll belambak sejak zmn UMNO lg.

    UMNO bkn takat takut nak bantah kerana nak jg hati MCA, MIC n rakan kongsi BN lain. Bahkan, takut nnti periuk nasi n persen diorang x masyuk dlm poket klu kacau tmpt2 camtu.

    Lg pun, dlm MPK tu kebanyakan bos2nye masih lg dr kalangan org2 UMNO.
    X sama inspirasi dgn agenda PAS utk hapuskan arak, judi n rumah2 urut.

    Sy nak trgelak baca statement laxmanemelayu ni :

    "dimana maruah penguatkuasa ISLAM yang telah menjalankan tanggungjawab mereka demi tugas...siapa yang akan membela mereka setelah dimarahi, diherdik , dicaci oleh DAP....kalau anda di tempat mereka...apa yang akan anda lakukan...???? "

    Eeeh...indahnye bahase...zmn UMNO dulu, dioranglah yg selalu caci n herdik pngtkuasa bile wat operasi cegah mungkar ni. Leh arah tutup kes plak bila yg buat tu kroni2 mrk..2 kali 5 je ngan DAP.

    X yah lah UMNO nak tunjuk hero jd penentang arak n kemungkaran. Apesal mase memerintah dulu x sibuk nak buat...skrg dah jd pembangkang br nak tunjuk hero lak..

    Yg sy pelik bin ajaib, bila PAS bantah arak, PAS lak yg dikutuknya.
    Kok ye pun sokong la bantah jual arak kat org Islam. Beso pahala oooo..dpt can masuk syurga.

    ReplyDelete