Monday, August 3, 2009

CATATAN: Himpunan GMI

1 Ogos 2009, Perhimpunan GMI yang mencatatkan pelbagai kisah di dalam dairi para peserta-pesertanya. Tak payah cakap banyak, siapa yang tak ikut serta memang rugi! Saya pesan kepada rakan-rakan, satu masa nanti boleh la kita berbangga dengan anak cucu kita, bila mereka bertanya tentang ISA yang hanya tinggal sejarah tercatat dalam buku teks sekolah mereka. Kita lah antara orang yang bangkit dalam sejarah menghapuskan ISA.

Memulakan langkah bergabung dengan peserta Himpunan GMI dari Dayabumi

Setelah diasak oleh FRU dari belakang kami berjaya bergabung dengan peserta yang berada di depan (Bank Negara) yang juga lebih teruk diasak dengan semburan kimia.

Berehat seketika, untuk menunggu asakan seterusnya.. ke belakang gas pemedih mata, ke hadapan semburan kimia.. Mana satu berkenan di hati?

Setelah berfikir sepontan akibat diasak dengan gas pemedih mata dari belakang.. Maka semburan kimia lah yang dituju.. Memang teruja..

Mengimbau kembali tembok yang berjaya diatasi. Lompatan kira-kira 7 kaki tinggi (antara tiang dan pokok) dan berjaya mendarat dengan jayanya!! Walaupun terkena juga semburan kimia yang berjaya mengubati penyakit selsema (H1N1) H-Hisamudin, N-Najib..

Meraikan kemenangan mangsa-mangsa keganasan kerajaan BN yang ditahan oleh barua2nya.. Apa lagi sambung cerita di kedai kopi la. Walaupun pahit, ternyata ia telah berubah menjadi kenangan terindah..

1 comment:

  1. salam,
    saya hanyalah seorang yg mentah & neutral dlm politik....cuma yang menjadi sedikit pertanyaan mengapakah di buat perhimpunan beginn di kwsn yg majoritinya org melayu islam....bukankah lebih elok dibuat di kawasan bukit bintang?

    ReplyDelete