Thursday, August 13, 2009

SOAL JAWAB AGAMA: Lanjutan Doa Hindar Selesema H1N1


Mengambil kira respon yang diterima dari pelayar blog Syabab Kapar yang menginginkan penjelasan lanjut berkenaan doa hindari selesema H1N1 yang diragui keabsahannya menurut pandangan Ustaz Mohd Farid, di sini beliau memberikan hujah lanjutannya setelah beberapa kajian dijalankannya dengan merujuk beberapa kitab:

==================================================


Terima kasih atas komentar sahabat-sahabat semua.

Setelah mengkaji dengan lebih lanjut, saya tetap berpegang bahawa doa ini bukanlah doa yang warid daripada Rasulullah SAW. Bahkan setelah diselidiki, ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab Hadith.

Di dalam Kitab Mausuah Al-Adyan wal Firaq wal Mazahib Al-Fikriyyah Al-Muasiroh (Ensiklopedia Agama, Firqah dan Mazhab Pemikiran/Ideologi Masakini) meyatakan :
Terdapat satu pecahan Golongan Syiah yang dikenali dengan Kumpulan Baryalwi( بريلوي )yang diasaskan oleh ketua mereka yg bernama Baryalwi.

Sheikh Baryalwi banyak meriwayatkan hadith-hadith palsu bagi pihak syiah dan mendakwanya ia adalah Sunah & Hadis Nabi SAW.
Antara hadith-hadith palsu tersebut ialah seperti :

1. "Ali ialah pembahagi Neraka"

2. "Sesungguhnya Fatimah dinamakan dengan namanya kerana Allah menyelamatkannya dan zuriatnya dari bakaran api neraka"

Mazhab syiah Barlawi juga mendakwa : Sesungguhnya doa ini sangat berkesan untuk menolak penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah serta mendapat pahala daripadanya, iaitu doa :

لي خمسة أطفي بها حر الوباء الحاطمة
المصطفى والمرتضى وابناهما والفاطمة

Oleh itu, jelas bahawa dakwaan yang mengatakan ayat ini adalah satu doa yang warid dan ada sandaran Islam adalah satu dakwaan yg salah dan tiada asas kebenarannya.

Saya ingin menegaskan juga, jika diteliti dengan betul akan maksud kata-kata ini, ia memang jelas bukan Hadith Nabi atas sebab berikut :

1. Kalimah لي : yang bermaksud "bagiku". Ia bukan merujuk kepada kata2 Rasulullah SAW.
Berdasarkan apa yg dijelaskan oleh kitab Mausuah Al-Adyan wal Firaq wal Mazahib Al-Fikriyyah Al-Muasiroh (Ensiklopedia Agama, Firqah dan Mazhab Pemikiran/Ideologi Masakini, ia adalah Syair yang disusun oleh pengikut Syiah Baryalwi yang disandarkan kepada kata-kata Saidina Ali. Namun hakikatnya, tiada riwayat yang sahih yang membuktikan ia adalah kata-kata Saidina Ali.

2. Doa yang sah di sisi Syara' hanyalah doa yg dipohon kepada Allah SWT. Walaubagaimanapun, ayat dalam bait-bait syair ini dengan jelas menyatakan bahawa penyembuh penyakit adalah 5 orang yang disebutkan dalam Biat Syair itu.

Perkara ini jelas bertentangan dgn Islam. Bahkan apa yg lebih merbahaya ialah, ia jelas boleh mendatangkan Syirik kepada Allah. Kerana dalam ajaran Islam, hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhkan segala penyakit dan hanya kepada Allah sahajalah kita memohon segala sesuatu.

Oleh itu, saya menyeru kepada sesiapa yg menjumpai artikel seumpama ini agar berhati-hati dan jangan terus menerimanya melainkan dirujuk kepada para ustaz dan alim ulama. semoga kita terhindar dr amalan syirik dan menyesatkan, kerana balasannya adalah seburuk-buruk tempat iaitu Api Neraka Jahannam.

Wallhu A'lam bissowab.

Wassalamualaikum wrt wbt.

Ustaz Mohd Farid Mohd Zainal
Naib Ketua Pemuda DPPK Kapar

2 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM

    Untuk makluman pengunjung... Setelah saya cari doa ini dalam keenam2 kitab Sunnah Sittah (Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie) saya tida ketemu dengan riwayat mengenai doa ini.

    Bila saya search menerusi internet, maka doa ini saya temui dalam blog dan laman web yang cenderung kepada aliran Syiah.

    Doa ini juga menjadi amalan sahabat2 kita dalam jemaah Al Arqam (walaupun Al Arqam sangat anti kepada Syiah) suatu ketika dahulu.

    Mulanya saya pening, bagaimana Al Arqam yang anti Syiah, tiba-tiba beramal dengan amalan sesetengah ppengikut Syiah. Bila saya baca artikel dlm blog ini baru saya faham. Rupa2nya ia datang dari Brailwi.

    Saya teringat kembali peristiwa kunjungan saya ke karnival nasyid anjuran Al Arqam di Karachi Pakistan beberapa belas tahun lalu. Dalam majlis berkenaan, Al Argqam turut menjemput kumpulan dari Brailui yang berserban hijau untuk membuat persembahan.

    Saya difahamkan Al Arqam sememangnya ada link dengan geng Brailui ini. Maka tidak hairanlah mereka boleh membuka beberapa markaz Al Arqam yang besar di Karachi dan Islamabad.
    ... ... ...

    Dari segi aqidah sememangnya lafaz doa ini memberikan makna yang bercanggah dengan aqidah Islam. Ia bukan sekadar bertawassul. Jika bertawassul, seseorang itu masih meminta daripada Allah dengan menyebut sesuatu yang lain sebagai recomandation.

    Tetapi doa ini bukan lagi tawassul kerana ia bukan meminta dengan Allah.

    Ia adalah satu pernyataan bahawa pembaca doa ini boleh memadamkan waba' dengan nama Rasulullah (Al Mustafa), Saidina Ali (Al Murtadha), Hasan dan Husain (Ibna huma)dan Fatimah.

    Justeru janganlah diamalkan ayat ini. Sebaliknya marilah kita balik kepada Sunnah Rasulullah SAW yang mengajar kita supaya membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas 3 kali sebelum tidur dalam keadaan menadah tangan dan kemudiannya menyapu ke seluruh tubuh.

    Inilah riwayat yang sahih daripada baginda. Wallahu a'lam.

    www.ibnu-ismail.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Tapi saya agak keliru bila pengarang kata Barelvi tu satu firqah dari Syiah. (Penulis menyebut Baryalwi, silap tu).

    Sedangkan apa yang saya tahu mereka bukan Syiah. Dari segi Fiqh, mereka bermazhab Hanafi. Aqidah ikut Maturidi. Tasauf ikut Qadiri, Chisti, Naqshbandi dan Suhrawardi.

    Sememangnya banyak amalan mereka bercanggah dengan Ahli Sunnah walaupun mereka mengaku sebagai Ahli Sunnah.

    Perkuburan mereka penuh dengan berbagai2 binaan. Kadang2 macam masjid pulak jadinya kubur mereka tu.

    Walaupun dari segi fiqh, mereka mendakwa bermazhab Hanafi, tetapi banyak amalan bid'ah yang mereka lakukan. Mereka sering berdoa dengan menyebut, "Ya Rasulallah madad." Ertinya, "Wahai Rasulullah, tolong lah kami."

    Mereka berdoa kepada Rasulullah SAW, bukan berdoa kepada Allah.

    ReplyDelete