Thursday, November 5, 2009

Berita: Ustaz Ahmad Basri Kembali ke Rahmatullah

Seorang penceramah bebas yang sangat dikenali di kawasan Kapar diatas keberanian beliau menyampaikan ilmu kepada jamaah surau-surau dan masjid-masjid telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Beliau telah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori ketika beliau sedang menunggang motorsikal berhampiran rumah beliau dekat Kampung Delek, Klang. Beliau dikatakan telah koma selama 2 hari dan ditempatkan di Unit ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR). Akhirnya beliau telah kembali ke Rahmatullah pada jam 9.30 pagi tadi. Sehingga berita ini ditulis jenazah beliau masih lagi berada di HTAR dan akan dibawa ke Kg Delek untuk disembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan baru Sungai Sireh.

Allahyarham sangat dikenali di atas kelantangannya ketika menyampaikan kuliah agama dan mempunyai ramai pengikutnya yang tersendiri.Allahyarham juga adalah seorang aktivis PAS yang sangat komited bersama jamaah menyampaikan risalah dakwah perjuangan Islam di setiap majlis ilmu beliau.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar bagi jamaah lebih-lebih lagi di DUN Selat Klang yang di mana Allahyarham selalu berceramah di situ. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar diterima oleh Allah segala amalan beliau dan ditempatkan bersama para para alim dan orang-orang soleh.

Al-Fatihah~

2 comments:

  1. semoga ALLAH tempatkan allahyarham di dalam kalangan yang beroleh rahmatNYA.Amin..
    satu ketika dahulu, ketika ana menetap di pantai dalam, beliau antara penceramah yang dinanti-nantikan...sebulan sekali rabu malam khamis..mengajar akidah muslimin...

    ReplyDelete
  2. Takziah daripada saya
    Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
    Sitiawan Perak

    ReplyDelete