Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilahaillaulahu Allahu Akbar,
Allahu Akbar walillahil Hamdu.
Al-hamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah swt kerana nikmat-nikmat yang tidak pernah putus bahkan ditambah-tambahnya lagi. Kehadiran Aidilfitri kali ini mudah-mudahan akan disambut dengan suasana yang indah dan penuh rasa ketaqwaan. Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar saya mengucapkan Salam Aidilfitri, salam kemenangan buat semua muslimin dan muslimat yang wajib merayakannya.
Aidilfitri ini merupakan perayaan yang istimewa untuk umat Muhammad saw. Kita merayakannya dengan penuh penzahiran rasa gembira sebagai mensyiarkan suruhan Allah swt bahawa agama Islam itu adalah agama yang membawa kegembiraan untuk umatnya. Apatah lagi rasa gembira yang kita zahirkan itu menjadi ibadah pula pada hari yang indah ini dan ia menjadi kekal dengan pahala yang diperolehi sehingga hari akhirat nanti.
Benar Islam itu sangat indah sehingga kegembiraan menjadi satu perkara yang dituntut dalam kita merayakan Aidilfitri. Namun, ia juga dibatasi dengan rasa keimanan hasil tarbiyah Ramadhan supaya kegembiraan itu disambut dengan tertib dan tidak melampau apatah lagi melewati batas syariat.
Namun amat malang bagi kita umat Islam di Malaysia apabila suasana Aidilfitri yang bakal menjelang ini bakal juga disambut dengan perayaan yang mengguris hati dan luhur iman kita, apabila kerajaan Malaysia membenarkan penganjuran konsert 'Black Eyed Peas' seawal hari ke-6 dalam bulan syawal ini.
Bukan sahaja penganjuran konsert berkenaan yang biasanya mengundang pelbagai gejala negatif dan perlanggaran syariat apabila dibenarkan umat Islam yang jahil menyertainya bahkan lebih malang lagi ia boleh menjahanamkan akidah mereka pula. Ini disebabkan penganjuran konsert tersebut pada kali ini bukan sahaja untuk mempamerkan aksi tarian dan muzik tetapi agenda besarnya ialah bagi menyambut ulang tahun ke-250 'Athur's Day' iaitu kelahiran syarikat arak terkemuka dunia, Guinness.
Ironinya ia bakal berlaku seusai umat Islam menyambut Ramadhan dan ketika menyambut aidilfitri pula. Ia bakal berlaku di sebuah negara yang majoritinya umat Islam dengan majoriti pemimpinnya adalah melayu Islam. Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar menyelar penganjuran konsert dan sambutan ini dan menggesa pihak-pihak lain yang bertanggungjawab seperti JAKIM, Mufti dan Jabatan Agama Islam untuk bersuara menegur sikap penganjur dan juga penguasa yang membenarkannya.
Sempena Aidilfitri ini juga, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar ingin berpesan agar kegembiraan yang kita sambut pada Aidilfitri ini juga tidak sepatutnya kita hidangkan dengan adegan-adegan kesedihan yang tidak dituntut tetapi menjadi kebiasaan. Memang menjadi lazim untuk kita mengingati sesorang yang telah pergi meninggalkan kita sebagai tanda kasih. Namun ingatan itu seharusnya diiringi dengan doa kesejahteraan bukan dengan tangisan dan ratapan yang tidak bermakna. Tambah pilu apabila hidangan media juga turut didendangkan dengan lagu-lagu sedih Aidilfitri dan drama-drama yang menyayat hati.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar ingin mengajak muslimin dan muslimat agar meninggalkan amalan yang tidak menjadi sunnah Aidilfitri ini. Ayuh kita bangunkan jiwa umat Islam untuk merasai nikmat kegembiraan kemenangan setelah kita berperang dengan hawa nafsu yang sebenarnya menjadi punca kejahilan dan seterusnya menghalang kepada kejayaan umat Islam itu sendiri.
Ramadhan telah mengajar umat Islam bahawa mereka mampu mengorbankan tuntutan hawa nafsu mereka demi suruhan Allah swt. Oleh itu, kita juga harus memahami dan menghayati konsep ini untuk dibawa dalam kita merealisasikan matlamat menegakkan Islam yang syumul itu. Korbankanlah kepentingan diri, kesenangan dunia, kehebatan pangkat, kelicikan politik demi menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyah.
Akhirnya, mewakili saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar saya ingin memohon keampunan dari semua umat islam khususnya saudara dan kenalan kami serta rakyat di Kawasan Kapar ini. Sesungguhnya terlalu banyak kelemahan dan kelalaian kami dalam melaksanakan amanah dakwah yang terlalu berat ini. Doakanlah agar kami sentiasa diberi kekuatan oleh Allah swt dan sentiasa dilimpahi berkat dn rahmatnya.
Sesungguhnya, kami amat mengharapkan sokongan dan dokongan padu selagi kami berada dilandasan kebenaran ini. Sebaliknya, berilah peringatan dan perbetulkanlah kami seandainya kami semakin lalai, leka dan dekat dengan kesilapan.
Saya mengambil kesempatan ini ingin menjemput semua untuk menikmati kesederhanaan di Majlis Mesra Aidilfitri Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar dan Pelancaran PASTI Little Syabab pada 4 Oktober 2009 (Ahad) jam 4.00 petang hingga 7.00 malam di No 20, Jalan Gamelan 1B, Bandar Bukit Raja, Klang. Semoga kehadiran anda akan mempertautkan ukhuwah yang tinggi nilainya di sisi Allah swt.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar..
Walillahil Hamdu.
Maaf Zahir dan Batin.
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar
Friday, September 18, 2009
Monday, September 14, 2009
BERITA: Lawatan Amal Menjejak Pesakit di Hospital
Sabtu, 12 September 2009 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar dengan kerjasama PAS Kawasan Kapar, dan Muslimat Kapar telah menganjurkan lawatan amal dan mesra rakyat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Diketuai oleh oleh YDP PAS Kawasan kapar Dr. Hj Abd Rani Osman bersama Ketua DPPK Kapar Ustaz Haidar Taslin, rombongan seramai 38 orang telah berjaya mengagihkan 400 buah bungkusan makanan kesihatan kepada para pesakit yang terlantar di beberapa wad.
Urusan pengagihan dan koordinasi peserta rombongan diatur oleh Unit Amal Kapar telah berjaya melicinkan lagi urusan agihan dan lawatan tersebut. Peserta rombongan dipecahkan beberapa kumpulan untuk melawat ke wad-wad pesakit sekali gus. DPPK dan PAS Kapar berjaya menyampaikan sumbangan sambil beramah mesra, bertanya khabar, juga menyampai mesej dakwah bil hal kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa, umur dan latar belakang pesakit.
Lawatan bermula jam 9.45 pagi telah berakhir pada jam 10.40 pagi. Penghargaan dan ucapan terima kasih turut disampaikan kepada pihak pengurusan hospital atas kesudian menerima rombongan ziarah dan juga memberikan kerjasama yang sangat baik.
Urusan pengagihan dan koordinasi peserta rombongan diatur oleh Unit Amal Kapar telah berjaya melicinkan lagi urusan agihan dan lawatan tersebut. Peserta rombongan dipecahkan beberapa kumpulan untuk melawat ke wad-wad pesakit sekali gus. DPPK dan PAS Kapar berjaya menyampaikan sumbangan sambil beramah mesra, bertanya khabar, juga menyampai mesej dakwah bil hal kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa, umur dan latar belakang pesakit.
Lawatan bermula jam 9.45 pagi telah berakhir pada jam 10.40 pagi. Penghargaan dan ucapan terima kasih turut disampaikan kepada pihak pengurusan hospital atas kesudian menerima rombongan ziarah dan juga memberikan kerjasama yang sangat baik.
Kelihatan YB. Dr. Rani (YDP PAS Kapar), Ust. Haidar Taslin (Ketua Dewan Pemuda PAS Kapar) serta ahli rombongan sedang menunggu di ruang legar hospital.
BERITA: Masjid Sungai Udang Anjur Kuliah Dhuha Remaja
Bersempena bulan Ramadhan ini, Biro Pemuda dengan kerjasama Biro Muslimat Masjid Darul Muttaqin Kg Sungai Udang telah mengadakan program Kuliah Dhuha Remaja di masjid tersebut pada 5 September 2009 lepas.
Kuliah dhuha bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi telah disampaikan oleh seorang penceramah muda jemputan, Brother Muhd Bukhari bin Hashim dari Maktab Perguruan Islam. Kuliah berkisar tentang amalan-amalan praktikal remaja di bulan ramadhan.
Kuliah dhuha bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi telah disampaikan oleh seorang penceramah muda jemputan, Brother Muhd Bukhari bin Hashim dari Maktab Perguruan Islam. Kuliah berkisar tentang amalan-amalan praktikal remaja di bulan ramadhan.
Kuliah dhuha tersebut berjaya menarik minat lebih kurang 80 orang remaja lelaki dan perempuan dari lingkungan umur 12 tahun hingga 17 tahun yang kebanyakkannya adalah pelajar sekolah di sekitar DUN Selat Klang.
Adik-adik Briged Amal selalu menghadiri majlis ilmu anjuran masjid
Bro. Bukhari petah menyampaikan kuliahnya kepada peserta
Thursday, September 10, 2009
PROGRAM: Konvoi Ramadhan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) Ke Kawasan Kapar
Tarikh: 13 September 2009 (AHAD)
Objektif Konvoi Ramadhan:
(1) Memperkenalkan pimpinan PAS Negeri Selangor
(2) Merapatkan Ukhuwah di antara pimpinan Negeri dan Kawasan
(3) Merealisasikan Konsep Negara Berkebajikan yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat
(4) Merakyatkan PAS Negeri Selangor
Butiran Konvoi Ramadhan adalah seperti berikut:
Objektif Konvoi Ramadhan:
(1) Memperkenalkan pimpinan PAS Negeri Selangor
(2) Merapatkan Ukhuwah di antara pimpinan Negeri dan Kawasan
(3) Merealisasikan Konsep Negara Berkebajikan yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat
(4) Merakyatkan PAS Negeri Selangor
Butiran Konvoi Ramadhan adalah seperti berikut:
Berhubung dengan program Konvoi Ramadhan ini, para Pemuda PAS di semua peringkat cawangan diwajibkan untuk hadir pada hari tersebut. Amatlah digalakkan agar pemuda PAS Kapar untuk turut serta berkonvoi dari DUN Meru hingga ke DUN Selat Klang bagi menunjukkan kekuatan PAS Kapar, khususnya pemuda.
Lajnah Penerangan & IT
Wednesday, September 2, 2009
IDEA: Sambutan Merdeka Ala UMNO
Oleh Mohd Farish Husin


Peristiwa 'kepala lembu berdarah' memberikan gambaran kepada kita merupakan tentang hatibudi sebenar UMNO. Diwaktu pemimpinnya melaungkan 1Malaysia, pemimpin akar umbinya dan penyokongnya pula melaungkan kata-kata dan aksi-aksi ekstrem agama.
Dua perkara penting yang boleh disimpulkan disini adalah:
- UMNO, warisan penjajah British, tidak ragu-ragu mengambil tindakan ekstrem agama untuk mencapai objektif mereka, bukannya label terrorist PAS yang cuba mereka labelkan selama ini.
- Perpaduan umat Islam yang dilaungkan selama ini hanyalah fatamorgana selagi terdapat pemimpin tidak bertamadun dikalangan mereka.
Seharusnya Menteri Dalam Negeri mengarahkan siasatan serta-merta terhadap insiden ini sekiranya UMNO benar-benar bersih dari sebarang usaha provokatif seperti yang didakwa, sepantas SPRM meluncur ke pejabat ADUN seri kembangan. Jika tidak, adalah menjadi tugas kita menyedarkan orang Melayu bahawa umat ini tidak akan mampu melalui abad ke-21 sekiranya mereka terus melantik pemimpin abad ke-18 untuk memegang tampuk pemerintahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)